Tahniah atas Pelantikan Jawatankuasa ISO 17025

6 Oktober 2026 | Kuala Lumpur

Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat orang warga jabatan atas pelantikan mereka dalam Jawatankuasa ISO 17025, berkuat kuasa mulai 29 September 2026.

Pelantikan tersebut melibatkan:

  1. PM Dr. Emelia Osman – Timbalan Pengerusi
  2. Dr. Anisah Nordin – Pengurus Kualiti
  3. Dr. Anizah Rahumatullah – Pengurus Teknikal
  4. Pn. Siti Nor Azreen Abd Manap – Setiausaha

Pelantikan ini mencerminkan komitmen jabatan dalam memperkukuh sistem pengurusan kualiti makmal serta memastikan pelaksanaan aktiviti makmal memenuhi keperluan standard ISO 17025. Pengurusan kualiti yang sistematik dan pematuhan terhadap standard yang ditetapkan merupakan elemen penting dalam memastikan kompetensi makmal serta kebolehpercayaan hasil pengujian dan kalibrasi.

Diharapkan pelantikan ini dapat memperkukuh usaha berterusan jabatan dalam mengekalkan standard kualiti, meningkatkan kecekapan pengurusan makmal dan menyokong kecemerlangan perkhidmatan serta penyelidikan.

Seluruh warga jabatan mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua yang dilantik. Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian dan kecemerlangan jabatan yang berterusan.