Tahniah atas Pelantikan Penyelaras dan Timbalan Penyelaras Program Siswazah Jabatan

4 Ogos 2026 | Kuala Lumpur

Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Aishah Hani Azil atas pelantikan sebagai Penyelaras Program Siswazah Jabatan dan Dr. Vinoth Kumarasamy sebagai Timbalan Penyelaras Program Siswazah Jabatan, berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026.

Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan terhadap kepakaran, pengalaman dan komitmen kedua-dua pensyarah dalam menyokong pengurusan serta pembangunan program siswazah di jabatan.

Diharapkan pelantikan ini dapat memperkukuh kecemerlangan akademik, meningkatkan kualiti pengurusan program siswazah serta menyokong perkembangan penyelidikan dan pembangunan pelajar pascasiswazah.

Seluruh warga jabatan mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Prof. Madya Dr. Aishah Hani Azil dan Dr. Vinoth Kumarasamy. Semoga pelantikan ini membawa kejayaan serta kecemerlangan berterusan kepada jabatan.