TAHNIAH

 
 
Jabatan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Aishah Hani Azil selaku Penyelia Utama kepada kumpulan penyelidikan 'Special Study Module' Sesi 2022/2023 yang telah berjaya menjadi Naib Johan bagi Persembahan Lisan (Kategori Makmal) sempena 15th Medical Undergraduates Annual Scientific Research Meeting (MUASRM) anjuran Fakulti Perubatan UKM yang dilangsungkan pada 26 Oktober 2023.
 
Kumpulan penyelidikan ini dianggotai oleh empat pelajar iaitu:
1. Mirabell Chua Pua Meen
2. Haarenjeevi Krishna Kumar
3. Nur Fakhira Sharina Md Shafie
4. Syahirul Azzif Arkam
 
Projek penyelidikan ini turut dibantu oleh kakitangan jabatan iaitu Dr. 'Azlin Muhammad Yasin, Puan Siti Nor Azreen Abdul Manap, Puan Noor Wanie Hassan & Puan Nur Athirah Ahmad Fahmi.
 
Jabatan turut merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar Mirabell Chua Pua Meen yang turut mendapat anugerah individu selaku Pembentang Terbaik. Tahniah diucapkan.