Webinar Umum Program Memasyarakatkan Kesihatan Rakyat Siri 1/2023 Fakulti Perubatan

Oleh: Nur Athirah Ahmad Fahmi

KUALA LUMPUR, 27 JAN 2023 – Satu webinar umum memasyarakatkan kesihatan rakyat bagi siri pertama tahun 2023  yang bertajuk “Parasit: Makhluk Kecil, Ancaman Besar” telah berjaya diadakan pada 27 Januari 2023. Webinar ini merupakan webinar anjuran Hal Ehwal Jaringan, Industri & Masyarakat (HEJIM), Fakulti Perubatan UKM dengan kerjasama Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan(JPEP), Fakulti Perubatan UKM. Ceramah webinar ini telah di sampaikan oleh Ketua Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan merangkap Pakar Entomologi Perubatan dengan pengkhususan Forensik Entomologi, Dr Syamsa Rizal Abdullah.

Webinar ini telah dijalankan secara dalam talian melalui platform Facebook dan disiarkan secara langsung melalui Facebook Fakulti Perubatan UKM dan terbuka kepada umum yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat secara umumnya berkaitan parasit. 

Webinar ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita, diikuti dengan tayangan video montaj yang telah disediakan oleh urusetia program. Pembukaan webinar pula telah disampaikan oleh Pensyarah Jabatan merangkap Moderator bagi program webinar kali ini, Dr. Wathiqah Wahid.

Penyampaian dan perkongsian ceramah berdurasi dua jam ini telah berjaya menarik lebih 800 orang peserta semasa penstriman berlangsung. Sorotan utama dalam webinar ini adalah berkenaan ektoparasit seperti kutu kepala dan tungau kudis buta, endoparasit seperti cacing gelang, dan cacing cambuk, serta berkaitan vektor mekanikal dan biologi seperti lipas, lalat dan nyamuk.  

Webinar diakhiri dengan sesi soal jawab bersama peserta secara atas talian. Semoga webinar yang telah dijalankan ini dapat memberikan sedikit-sebanyak input dan pengetahuan khususnya dalam penjagaan diri dan kesihatan untuk mengelakkan jangkitan parasit.

Sesi penstriman langsung