Seminar Kebangsaan Institut Statistik Malaysia

Panggilan Kertas Kerja SKISM XVII 2023

Semua ahli akademik/penyelidik/pelajar dalam bidang statistik atau penyelidikan berkaitan statistik adalah dialu-alukan untuk mendaftarkan diri ke Seminar Kebangsaan Institut Statistik Malaysia 2023 (SKISM XVII 2023). SKISM kali ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM dengan kerjasama pihak Institut Statistik Malaysia (ISMy) dan Persatuan Penyelidikan Sains Pengurusan/Operasi Malaysia (MSORSM). SKISM XVII 2023 bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan penyelidikan dalam bidang statistik khususnya dengan penglibatan beberapa buah institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta dan pihak industri di Malaysia. Selain itu, SKISM XVII 2023 bermatlamat untuk mengukuhkan skop kajian di dalam bidang statistik yang sedia ada di samping mendalami isu-isu semasa. Anda digalakkan untuk menyertai seminar ini agar dapat memupuk kerjasama dalam bidang Sains Statistik melalui perkongsian idea dan perbincangan penyelidikan. Seminar ini dijalankan dalam bentuk penyampaian ceramah di kalangan ahli akademik serta pakar daripada industri, dan pembentangan kertas kerja berkaitan kajian sains statistik.

Tarikh-Tarikh Penting

Pendaftaran

28 Januari 2023

Abstrak

5 Februari 2023

Kertas Kerja

17 Mac 2023

Pembentangan

28 Februari 2023

Topik Kertas Kerja

SKISM 2023 menyasarkan manuskrip yang belum pernah diterbitkan atau sedang diwasit oleh mana-mana persidangan, seminar atau jurnal dalam topik-topik berikut:

Analitik Data Berkapasiti Tinggi

Statistik Komputeran

Statistik Kejuruteraan

Data Berdimensi Tinggi

Statistik untuk Industri

Pembelajaran Mesin

Pemodelan Ramalan

Analisis Data & Perlombongan Data

Statistik dalam Pendidikan Kejuruteraan

Pastikan anda faham proses penghantaran kertas kerja bagi mengelak kesulitan pada masa depan

Proses Penghantaran Kertas Kerja

Penyediaan Abstrak

Pembentang perlu memastikan abstrak mengikut format yang telah disediakan di laman web SKISM XVII 2023. Klik pautan berikut untuk hantar abstrak: Hantar Abstrak

Penerimaan Abstrak

Pembentang akan menerima e-mel pengesahan penerimaan abstrak dan jadual pembentangan dari AJK Penerbitan sebelum tarikh seminar SKISM XVII 2023.

Hantar Kertas Kerja

Pembentang perlu memastikan kriteria kriteria penghantaran kertas kerja dipenuhi seperti yang tertera di panduan penghantaran kertas kerja. Kertas kerja penuh hendahlah dihantar melalui emel kepada AJK Penerbitan.

Panduan Penyediaan Abstrak & Kertas Kerja

SKISM XVII 2023 juga menggalakkan setiap pembentang abstrak untuk menghantar kertas kerja penuh. Kertas kerja yang diterima pula akan berpeluang untuk diterbitkan dalam jurnal terpilih iaitu JOSMA, JQMA atau Jurnal Kejuruteraan UKM.

Tarikh hantar kertas kerja penuh

17 MAC 2023

Kertas kerja penuh akan diwasit oleh editor jurnal terpilih

Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat dengan mengisi borang di bawah.

Kami sedia membantu - SKISM 2023

Nombor Telefon

+ 60111 2232 9104

E-mel

skism2023@gmail.com

Lokasi Penganjur

Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, FKAB, 43600 UKM Bangi, Selangor D.E