Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

 Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

Calon Pelajar Siswazah

UKM adalah Universiti untuk anda

______________________________________

Sekiranya anda ingin memajukan diri melalui pengajian pascasiswazah

Doktor Falsafah dan Sarjana Sains

Ditujukan untuk pelajar yang berminat dalam kerja penyelidikan dan ingin meneruskan kerjaya sebagai penyelidik atau ahli akademik. Pelajar yang mendaftar dalam program ini diminta untuk menghasilkan tesis pada akhir tempoh pengajian mereka. Tesis akan dinilai oleh pemeriksa dan dibela oleh calon dalam pembentangan lisan.

Sarjana Mod Campuran (Akan Datang)

Ditujukan untuk pelajar yang telah lama meninggalkan universiti atau profesional yang ingin meningkatkan pengetahuan mereka dengan mengikuti kursus mahir profesional lanjutan tanpa terlibat dalam penyelidikan yang panjang. Pelajar yang mendaftar dalam program ini dikehendaki mengikuti kursus lanjutan yang telah ditentukan dan juga menghasilkan laporan projek induk.

Terokai Sekarang

________________________________

Program untuk memenuhi hasrat anda

Mod PenyelidikanMod Campuran
1. Doktor Falsafah (PhD)1. Sarjana Sains (Pendidikan Kejuruteraan)-Akan Datang
2. Sarjana Sains (MSc)

Sarjana Sains (Mod Penyelidikan)

WarganegaraAntarabangsa
YuranSepenuh MasaSeparuh MasaFeesSeparuh Masa
Semester 1RM 3817.00RM 3868.00Semester 1RM 6815.00
Semester berikutnyaRM 2807.00RM 2983.00Semester berikutnyaRM 5405.00

Doktor Falsafah

WarganegaraAntarabangsa
YuranSepenuh MasaSeparuh MasaYuranSepenuh Masa
Semester 1RM 4430.00RM 3868.00Semester 1RM 8635.00
Semester berikutnyaRM 3420.00RM 2983.00Semester berikutnyaRM 6925.00
Sarjana SainsDoktor Falsafah
Mod PengajianPenyelidikanPenyelidikan
Sepenuh Masa2-3 tahun3-6 tahun
Separuh Masa3-4 tahun4-7 tahun
Sumber PembiayaanNombor Telefon
1. Zamalah UKM+603-8921 3095
2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional+603-2080 4455
3. Human Life Advancement Foundation+603-2858 7075
4. Majlis Amanah Rakyat+603-2613 2000
5. Zakat UKM+603-8921 4225/ 5820
6. Graduate Student Assistant @ FKAB

Apa Kata Pelajar Kami

Mengenai pengalaman mereka

  1. Menyediakan keperluan dan kemudahan penyelidikan dengan baik,
  2. FKAB, terutama JPK, mempunyai ramai pakar rujuk bidang pendidikan kejuruteraan, dan
  3. Menyampaikan perkhidmatan terbaik dan mudah berurusan dengan segala lapisan warga kerja.
W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail
Universiti Sultan Zainal Abidin

Perjalanan PhD di UKM merupakan pengalaman yang amat berharga bagi diri saya. Hubungan yang baik dengan penyelia, pensyarah dan rakan-rakan banyak membantu saya dalam memastikan Phd saya sampai ke garisan penamat. Disamping mendapat ilmu pengetahuan , saya juga telah banyak belajar mengenai hubungan saya dengan pencipta dan hubungan saya sesama manusia.

Osman Bin Kadir
IPG Kampus Kota Bharu