Pertandingan Pemodelan Matematik Tambang ECRL 2027

Teka-teki Tambang ECRL...

Kadar tambang ECRL masih belum diumumkan, jadi tiada siapa tahu berapa harga sebenar untuk satu perjalanan. Di sinilah cabaran bermula. Peserta perlu menggunakan Matematik untuk menganggarkan kadar tambang dengan cara yang paling logik dan munasabah. Anda perlu memilih pemboleh ubah yang penting (contohnya jarak, kos operasi, masa perjalanan), membuat andaian yang masuk akal, dan membina satu model Matematik yang boleh menjelaskan bagaimana anggaran tambang itu diperoleh. Kemudian, peserta perlu menulis laporan ringkas menggunakan templat yang telah disediakan. Tugas utama anda ialah berfikir kreatif, menggunakan Matematik dengan bijak dan menjelaskan model anda dengan cara yang jelas dan meyakinkan.

Bangkit, cipta, dan buktikan

Matematik anda hebat? Pernah diiktiraf industri? Atau semua itu hanya keyakinan yang belum diuji? Inilah masanya… Pertandingan Pemodelan Matematik Kadar Tambang ECRL 2027 membuka gelanggang untuk mereka yang berani yang sanggup membuktikan bahawa Matematik bukan sekadar simbol dan formula, tetapi senjata pemikir yang mampu menembusi persoalan dunia sebenar.

Jika selama ini anda merasakan potensi anda lebih besar daripada apa yang buku teks boleh tawarkan, ini adalah pentasnya. Bangkit, cabar diri anda, dan buktikan bahawa Matematik anda bukan hanya tepat… tetapi berpengaruh.

Format Pertandingan

Peringkat I – Saringan Akademik

  • Penilaian laporan teknikal berdasarkan templat rasmi.
  • Penilaian meliputi:
    • Integriti Matematik (Kesesuaian formula & logik)
    • Kreativiti pemodelan (Penentuan pemboleh ubah dan senarai andaian dan kekangan model).
    • Kualiti penulisan laporan
  • Lima model terbaik akan dipilih untuk ke Peringkat Akhir.

Peringkat II – Penilaian Juri Profesional

  • Pembentangan selama 10 minit diikuti sesi soal jawab (Q&A) selama 5 minit. Mentor disediakan.
  • Penilaian meliputi:
    • Kebolehlaksanaan (Feasibility): Sejauh mana model tersebut boleh diaplikasikan dalam realiti operasi ECRL.
    • Analisis ekonomi: Keupayaan peserta mempertahankan anggaran harga berdasarkan persaingan pasaran.
    • Kemahiran komunikasi: Kejelasan dalam menerangkan model matematik yang dibangunkan.

Soalan Lazim (FAQ)- Umum

1. Apakah tujuan utama pertandingan ini diadakan?

Pertandingan ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan konsep Matematik dalam penyelesaian masalah dunia sebenar, khususnya dalam menganggarkan kadar tambang ECRL secara saintifik. Ia juga bertujuan meningkatkan keyakinan dan sikap positif pelajar terhadap bidang STEM.

Soalan Lazim (FAQ)-Templat

9. Adakah templat laporan disediakan?

Ya, templat laporan disediakan untuk rujukan peserta.

versiBM_Templat Model Matematik

versiBI_Templat Model Matematik

 

Siaran Media