Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina (PeKA 2017)
Pengenalan
Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina (PeKA) telah bermula pada tahun 2005 dengan nama Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan (SPPB). Tujuan seminar ini adalah untuk membincangkan beberapa isu dalam pengajaran dan pembelajaran kejuruteraan terutamanya berkaitan dengan pembelajaran berasaskan hasil. Cadangan kewujudan seminar ini adalah daripada Pengarah, Pusat Kejuruteraan Termaju (PKT) waktu itu, Profesor Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad.
SPPB menjadi tapak permulaan kepada ahli-ahli Fakulti Kejuruteraan untuk membuat kajian mengenai pendidikan kejuruteraan, menerbitkan kertas kerja berbentuk pascasidang dan membentangkan kajian mereka. Pada awalnya, seminar ini telah dianjurkan sebagai seminar dalaman Fakulti Kejuruteraan pada tahun 2005 dan 2006.
Pada tahun 2007, seminar ini telah dinamakan sebagai Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina (PeKA). Penganjuran seminar PeKA ini telah dijalankan dengan kerjasama Pusat Pengajian Umum (PPU) dan Fakulti Pendidikan UKM. Kesan kejayaan seminar PeKA telah mencetuskan ilham pada peringkat universiti melalui PPA yang menganjurkan Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM yang melibatkan beberapa gugusan terdiri daripada semua fakulti di UKM. Mulai tahun 2015 Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM diperbaharui dengan penekanan terhadap inovasi di dalam pengajaran & pembelajaran dan seterusnya dinamakan K-Novasi : Pengajaran dan Pembelajaran UKM. Seminar PeKA terus kekal sebagai salah satu platform di dalam K-Novasi : Pengajaran dan Pembelajaran UKM buat ahli-ahli Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina membentangkan hasil inovasi pengajaran & pembelajaran.
Panggilan Kertas Kerja
Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan (P3K) dengan hormatnya menjemput ahli akademik FKAB untuk membentangkan kertas kerja dalam Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina (PeKA) 2017 melalui persidangan K-Novasi UKM. Persidangan ini akan berlangsung pada 17 & 18 Januari 2018 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM. Kertas kerja persidangan perlulah merangkumi aspek kajian tentang inovasi pengajaran dan pembelajaran dan yang bersesuaian dengan tema persidangan iaitu “Pendidikan 4.0 : Graduan Kalis Masa Hadapan”.
Dijemput yang berminat menghantar kertas kerja dalam tema berikut:
- Kaedah Pengajaran/ Penyeliaan Pelajar
- e-Pembelajaran/ Bahan Bantu Mengajar
- Kaedah Pentaksiran/ Penilaian Alternatif
Kertas-kertas kerja akan diterbitkan ke dalam prosiding PeKA 2017. Kertas yang terpilih akan diterbitkan dalam Malaysian Journal of Learning and Instruction (Scopus dan ESCI) dan jurnal-jurnal lain indek scopus, tertakluk kepada hasil laporan penilaian dan keputusan lembaga editorial.
Tarikh-tarikh penting PeKA 2017
Pendaftaran (Online) : 24 November 2017 Klik
Abstrak : 18 Dis 2017
Kertas kerja penuh : 31 Januari 2018 Muat Turun Templat Kertas Kerja
K-Novasi : 17 & 18 Januari 2018
Jawatankuasa PeKA
Pengerusi : Prof. Madya Dr. Roszilah Hamid
Ahli Jawatankuasa : Prof. Madya Dr. Hafizah Husain
Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohd Nopiah
Prof. Madya Ir. Dr. Norhana Arsad
Prof. Madya Noorhisham Tan Kofli
Dr. Azrul A Mutalib
Dr. Darman Nordin
Dr. Mohd Farid Mohamed
Dr. Mohd Khairul Azhar Mat Sulaiman
Dr. Mohd Radzi Abu Mansor
Dr. Mohd Shahbudin Mastar @ Masdar
Dr. Muhamad Razuhanafi Mat Yazid
Dr. Nizaroyani Saibani
Dr. Noorfazila Kamal
Dr. Noorhelyna Razali
Dr. Noraishikin Zulkarnain
Dr. Zambri Harun
En. Mohd Huzairi Johari
En. Zawawi Samba Mohamed
Puan Haliza Othman
Puan Shahrom Md Zain