Seminar Kebangsaan Institut Statistik Malaysia
Panggilan Kertas Kerja SKISM XVII 2023
Semua ahli akademik/penyelidik/pelajar dalam bidang statistik atau penyelidikan berkaitan statistik adalah dialu-alukan untuk mendaftarkan diri ke Seminar Kebangsaan Institut Statistik Malaysia 2023 (SKISM XVII 2023). SKISM kali ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM dengan kerjasama pihak Institut Statistik Malaysia (ISMy) dan Persatuan Penyelidikan Sains Pengurusan/Operasi Malaysia (MSORSM). SKISM XVII 2023 bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan penyelidikan dalam bidang statistik khususnya dengan penglibatan beberapa buah institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta dan pihak industri di Malaysia. Selain itu, SKISM XVII 2023 bermatlamat untuk mengukuhkan skop kajian di dalam bidang statistik yang sedia ada di samping mendalami isu-isu semasa. Anda digalakkan untuk menyertai seminar ini agar dapat memupuk kerjasama dalam bidang Sains Statistik melalui perkongsian idea dan perbincangan penyelidikan. Seminar ini dijalankan dalam bentuk penyampaian ceramah di kalangan ahli akademik serta pakar daripada industri, dan pembentangan kertas kerja berkaitan kajian sains statistik.
Tarikh-Tarikh Penting
Pendaftaran
28 Januari 2023
Abstrak
5 Februari 2023
Kertas Kerja
17 Mac 2023
28 Februari 2023
Topik Kertas Kerja

Pastikan anda faham proses penghantaran kertas kerja bagi mengelak kesulitan pada masa depan
Proses Penghantaran Kertas Kerja
Penyediaan Abstrak
Pembentang perlu memastikan abstrak mengikut format yang telah disediakan di laman web SKISM XVII 2023. Klik pautan berikut untuk hantar abstrak: Hantar Abstrak
Penerimaan Abstrak
Pembentang akan menerima e-mel pengesahan penerimaan abstrak dan jadual pembentangan dari AJK Penerbitan sebelum tarikh seminar SKISM XVII 2023.
Hantar Kertas Kerja
Pembentang perlu memastikan kriteria kriteria penghantaran kertas kerja dipenuhi seperti yang tertera di panduan penghantaran kertas kerja. Kertas kerja penuh hendahlah dihantar melalui emel kepada AJK Penerbitan.


17 MAC 2023
Kertas kerja penuh akan diwasit oleh editor jurnal terpilih
Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat dengan mengisi borang di bawah.
Kami sedia membantu - SKISM 2023
Nombor Telefon
+ 60111 2232 9104
E-mel
Lokasi Penganjur
Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, FKAB, 43600 UKM Bangi, Selangor D.E