TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT STAF KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atas Kenaikan Pangkat Melalui Penambahbaikan Laluan Kemajuan Kerjaya Secara Fleksi berkuat kuasa 27 Januari 2026.

Majlis penyerahan surat tawaran telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar UKM pada 10 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Canselori. Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan universiti terhadap komitmen dan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga kenaikan pangkat ini menjadi dorongan kepada semua untuk terus menyumbang khidmat bagi kecemerlangan Universiti.

Tahniah dan Syabas.