Skip to main content

Jabatan Pendidikan Perubatan

CARIAN

Author: jppfper

Bengkel Houseman Prepatory Workshop

BENGKEL 'HOUSEMAN PREPATORY WORKSHOP' ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN

11 Mei 2024

Pada 11 Mei 2024 (Sabtu) yang lalu, Jabatan Pendidikan Perubatan telah berjaya menjalankan satu bengkel ‘Houseman Prepatory Workshop‘ yang telah disertai oleh para peserta yang terdiri daripada para pelajar perubatan yang baru menamatkan pengajian di bidang perubatan. Bengkel yang telah dijalankan di Dewan Kuliah & Makmal Skil Klinikal, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan persediaan sebelum mereka memasuki program ‘Housemanship’ di hospital. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) turut dimeriahkan dengan para penceramah seperti Dr. Rafidah Abdullah, Pakar Nefrologi (KKM) dan beberapa penceramah lain dari dalam & luar UKM.

Berikut adalah gambar-gambar semasa program dijalankan.

Gambar oleh Ahmad Syafiq Yusof

Berita lain

Pencarian ‘GP’ Untuk Modul Sains Klinikal Sesi 2023/2024 (Tahun 2024)

PENCARIAN 'GP' UNTUK SESI PENGAJARAN MODUL SAINS KLINIKAL TAHUN 1 SEMESTER 2 SESI 2023/2024 (TAHUN 2024)

26 Januari 2024

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,

Dilampirkan maklumat mengenai pencarian ‘GP’ untuk sesi pengajaran Modul Sains Klinikal Tahun 1 Semester 2 Sesi 2023/2024 (Tahun 2024).

Sebarang persoalan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Siti Zubaidah Abdul Karib
Jabatan Pendidikan Perubatan
Fakulti Perubatan UKM


Emel: aidakarib@ukm.edu.my
Tel. Pejabat: 03-9145 8773
Tel. Bimbit: 013-385 3356

Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan 2024

PELANTIKAN SEBAGAI KETUA JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN

12 Januari 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

Adalah dimaklumkan bahawa Dr. Mohammad Arif Kamarudin telah dilantik untuk menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM berkuatkuasa bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 08 April 2024 sehingga 07 Januari 2027.

Tahniah Dr. Mohammad Arif Kamarudin di atas pelantikan ini.

Anugerah Inovasi Laman Sesawang

KEJAYAAN & PENGHARGAAN

ANUGERAH INOVASI LAMAN SESAWANG
(ANUGERAH SANJUNGAN KENCANA)

9 OGOS 2023

Jabatan Pendidikan Perubatan telah memenangi Anugerah Inovasi Laman Sesawang di Anugerah Sanjungan Kencana Ke-4 2023 yang telah dijalankan pada 27 Julai 2023 yang lalu.
Nama Laman Sesawang
Laman Sesawang Jabatan Pendidikan Perubatan
Alamat Laman Sesawang
https://www.ukm.my/jppfper/ms
Pengenalan

Laman sesawang Jabatan Pendidikan Perubatan yang tersedia untuk dua bahasa serta responsif ini merupakan laman sesawang yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di JPP. Berfungsi sebagai rujukan yang mengetengahkan JPP sebagai sebuah jabatan yang terlibat secara langsung di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Perubatan.

Laman sesawang yang mempunyai maklumat penting berkaitan jabatan adalah sangat penting kepada fakulti sebagai sumber informasi yang utama. Sesuai dengan itu, reka bentuk yang padat dengan informasi serta menarik dapat memberikan impak kepada pelawat untuk menarik pengguna menggunakan laman sesawang dengan mudah dan berkesan.

ASY
Pentadbir Laman Sesawang
Ahmad Syafiq Yusof
Juruteknologi Makmal Perubatan
Jabatan Pendidikan Perubatan
Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah Inovasi Proses Pengurusan & Pentadbiran

KEJAYAAN & PENGHARGAAN

ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN & PENTADBIRAN
(ANUGERAH SANJUNGAN KENCANA)

9 OGOS 2023

Jabatan Pendidikan Perubatan telah memenangi Anugerah Inovasi Proses Pengurusan & Pentadbiran di Anugerah Sanjungan Kencana Ke-4 2023 yang telah dijalankan pada 27 Julai 2023 yang lalu.
Tajuk Inovasi
Tempahan dan Statistik Makmal Simulasi Asas (MSA), Jabatan Pendidikan Perubatan
Pengenalan Inovasi

Sistem tempahan yang dihasilkan ini adalah untuk memudahkan para pelajar melakukan tempahan bilik untuk menjalankan pembelajaran prosedur ke atas manikin serta membantu para pentadbir mengawal selia tempahan pelajar dengan lebih teratur dan sistematik. Terdapat 36 prosedur yang ditawarkan untuk 13 bilik makmal di Makmal Simulasi Asas dan tempahan akan menjadi tidak teratur sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan akan menyukarkan pentadbir untuk menyemak dan menguruskan tempahan.

Menggunakan sistem ini, para pelajar akan melakukan tempahan di pejabat atau menggunakan link yang telah dipautkan kepada website Jabatan Pendidikan Perubatan (https://www.ukm.my/jppfper/ms/msa/). Pelajar dapat melihat dan menyemak kekosongan slot tempahan berdasarkan bilik dan menyemak status tempahan.

Melalui data-data ini juga, statistik penggunaan makmal oleh pelajar dan pengguna dapat dicerap secara automatik tanpa perlu melakukan statistik secara manual.

Ahli Kumpulan

Ketua Kumpulan

ASY

Ahmad Syafiq Yusof

Ahli Kumpulan

SBY 2

Saiful Bahari
Yusoff

Ahli Kumpulan

SZAK

Siti Zubaidah
Abdul Karib

Ahli Kumpulan

RR

Rosidah
Ramli

Ahli Kumpulan

SSM

Sinar Suriya
Muhammad

Kajian Kepuasan Pelangan Jabatan Pendidikan Perubatan 2023

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN TAHUN 2023

16 Jun 2023

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya sukacita menjemput YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan untuk meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan kajian kepuasan pelanggan ini.

Segala maklum balas, cadangan dan komen yang diberikan akan digunakan sebagai input penambahbaikan terhadap perkhidmatan kami kepada semua pihak pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Url :https://forms.gle/D68F1z8uzcE3NiUe6

 

Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan

PELANTIKAN SEBAGAI KETUA JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN

10 April 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

Adalah dimaklumkan bahawa Dr. Mohd Hafidzul Jasman telah dilantik untuk menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM berkuatkuasa bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 10 April 2023 09 April 2026.

Tahniah Dr. Mohd Hafidzul Jasman di atas pelantikan ini.

Terima Kasih Dr. Mohamad Nurman Yaman

KEJAYAAN & PENGHARGAAN

18 MAC 2023


Setinggi-tinggi Penghargaan & Terima Kasih kepada
Dr. Mohamad Nurman Yaman
di atas sumbang bakti & jasa sebagai Ketua Jabatan Pendikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM.

Menjalankan Tugas Ketua Jabatan

MENJALANKAN TUGAS KETUA JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN

18 Mac 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

Adalah dimaklumkan bahawa Dr. Mohd Hafidzul Jasman telah dilantik untuk Menjalankan Tugas Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM berkuatkuasa pada 18 Mac 2023.

Sekian, harap maklum.

Pelantikan sebagai Penyelaras HEP

KEJAYAAN & PENGHARGAAN

8 FEBRUARI 2023


Tahniah diucapkan kepada
Dr. Mohammad Arif Kamarudin di atas pelantikan sebagai Penyelaras Hal Ehwal Pelajar (HEP) Fakulti Perubatan.