Fasiliti

studio Studio
Semua pelajar diberikan ruang studio khas. Di UKM, studio senibina dibahagikan mengikut tahun pengajian. Ini bermakna terdapat 5 studio kesemuanya, daripada Tahun 1 hingga Tahun 3 dan 2 studio pasca siswazah. Secara umumnya, setiap pelajar mendapat satu set meja lukisan dan peralatan melukis.
Setiap studio dipantau oleh studio-master dan tutor masing – masing. Pengkuliahan juga biasanya dilakukan di dalam studio atau kawasan sekitar Pusat Pelajar.
makmalpencahayaan Makmal Pencahayaan 
Makmal ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan untuk tujuan ujian pencahayaan dan keperluan lain yang berkaitan dengan aspek Seni Bina.
Memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengaplikasi dengan lebih terperinci terhadap bidang yang berkaitan.
Makmal Akustik 
Makmal ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan untuk tujuan ujian akustik atau bunyi dan keperluan lain yang berkaitan dengan aspek Seni Bina. Memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengaplikasi dengan lebih terperinci terhadap bidang yang berkaitan.
makmalakustik
makmalkonkrit Makmal Konkrit dan Bahan 
Makmal ini merupakan salah satu makmal Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur (JKAS) yang mana digunakan juga oleh pelajar Seni Bina untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan. Makmal ini dilengkapi dengan perlatan yang lengkap untuk ujian – ujian tertentu yang dijalankan berkaitan dengan aspek dan kekuatan konrit, dan juga pembelajaran mengenai bahan dan teknologi binaan.
makmaldigital Makmal Komputer
Jabatan Seni Bina mempunyai makmal komputer yang kecil tetapi dilengkapi dengan keperluan asas yang mencukupi. Makmal ini juga sering digunakan sebagai kegunaan pelbagai selain penggunaan komputer, seperti ruang belajar dan pengaplikasian pembelajaran yang berkaitan.Setakat ini, makmal ini mempunyai 15 unit komputer, dilengkapi dengan akses internet yang sangat baik. Walaupun masih dalam proses naiktaraf, makmal ini sentiasa menjadi tempat utama untuk pelajar mencari segala maklumat dan informasi berkaitan dengan proses pembelajaran mereka.
Makmal CAD/CAM 
Bilik ini digunakan secara umumnya kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan untuk mengaplikasi terhadap penggunaan teknologi berkomputer. Bagi pelajar Seni Bina pula, ianya banyak digunakan untuk mempelajari dan mengaplikasi kajian specific terhadap bidang Aplikasi Kompter seperti rekabentuk, pakej umum 2D dan 3D, dan sebagainya.
makmalcadcam
makmalmodel Makmal Model
Jabatan Seni Bina mempunyai makmal model untuk pelajar membina model.
Bengkel Kayu 
Bengkel ini digunakan oleh pelajar untuk membuat kerja-kerja pertukangan.
bengkelkayu
arkib
Arkib JSB
galeri
Galeri
Ruang ini bertujuan mempamerkan hasil kerja para pelajar Seni Bina yang berkatian seperti projek rekabentuk, saguhati kolaborasi, dan sebagainya untuk tujuan koleksi di galeri ini.
pusatsumber
Pusat Ilmu 
Pusat Ilmu yang juga lebih dikenali sebagai Perpustakaan Fakulti bertekad untuk menjadi pusat ilmu terbaik di kalangan fakulti, yang mana dilengkapi dengan kemudahan servis dan teknologi akses yang baik, terutamanya untuk rujukan pelajar tahun akhir untuk menyiapkan tesis mereka. Kompleks ini terletak di aras bawah, berdekatan dengan Pusat Pelajar.
pusatpelajar
Pusat Pelajar 
Kawasan yang sangat strategic untuk pelajar yang menjadi semakin ‘popular’ kerana fungsinya seperti majlis – majlis tertentu, tempat diskusi, dan sebagainya. Keadaan ini membolehkan setiap pelajar dari program yang berbeza untuk berkongsi pendapat dan berinteraksi antara satu sama lain.Di sini, terdapat juga kemudahan – kemudahan lain untuk kegunaan pelajar seperti kedai alat tulis, surau, kedai fotokopi dan sebagainya.
Ruang Legar Pelajar 
Ruang ini merupakan salah satu tempat yang utama bagi para pelajar Seni Bina untuk membuat persenbahan kritik, kuliah, aktiviti luaran, projek rekabentuk dan sebagainya.
ruanglegar1

ruanglegar2