Misi dan Visi

Hala tuju Jabatan Seni Bina (JSB) UKM adalah, ‘Menjadi sebuah institusi akademik yang dikenali di peringkat global dengan kecemerlangannya, sebagai pusat pembelajaran profesional, serta menjana penyelidikan dan pembangunan berteraskan seni bina beridentiti Kebangsaan’. Hala tuju ini menyokong misi UKM iaitu ‘Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan bahasa Melayu serta menyejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan’. Walaupun hala tuju ini tidak mampu menyelesaikan isu Identiti Seni Bina Kebangsaan secara menyeluruh namun ini merupakan satu langkah awal ke arah memupuk masyarakat seni bina yang peka terhadap kehendak masyarakat dan alam bina di sekitarnya.

 

Untuk mencapai visi tersebut, berikut adalah strategi telah digariskan iaitu,

  • Komuniti sebagai patron utama seni bina dengan mengambil kira aspek merapatkan ikatan komuniti, meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan tahap gangguan emosi dan meningkatkan tahap kualiti kesihatan masyarakat dalam reka bentuk yang dihasilkan.
  • Penerapan elemen lestari yang mencakupi aspek iklim, tenaga, bahan dan ekonomi dalam reka bentuk seni bina.
  • Memelihara, menghargai dan menerapkan warisan seni bina di Malaysia dalam reka bentuk seni bina.
  • Kesedaran terhadap nilai moral dan etika berkait dengan sistem kepercayaan serta budaya masyarakat Malaysia dalam reka bentuk seni bina.