Program

Program yang ditawarkan oleh jabatan adalah:

  • Prasiswazah
    •          Sarjanamuda Sains Seni Bina (3 tahun)
  • Pascasiswazah (Kerja Kursus)
    •          Sarjana Seni Bina dengan Kepujian (2 tahun)
  • Pascasiswazah (Penyelidikan)
    •          Sarjana Sains Seni Bina (MSc)
    •      Doktor Falsafah (PhD)

 

SISTEM PENGAJIAN
Fakulti ini mengamalkan sistem semester. Sistem ini membahagikan satu-satu sesi akademik kepada dua tempoh pengajian yang sama panjang dan tersendiri. Satu semester terdiri dari beberapa minggu kuliah, tutoran, makmal dan sebagainya, minggu kelepasan pertengahan semester dan peperiksaan. Dalam sistem ini, pelajar mengumpul bilangan unit yang diperlukan untuk mendapat ijazah dalam tempoh yang dibenarkan.

TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh minimum adalah lima (5) semester dan tempoh maksimum adalah sepuluh (10) semester, tertakluk kepada peraturan yang ada.

STRUKTUR PENGAJIAN
Pelajar perlu mengikuti dan lulus sekurang-kurangnya seratus dua puluh dua (122) jam kredit.