International Geothermal Week Malaysia 2025 (IGWM2025)

7 Oktober, Ulu Slim – International Geothermal Week Malaysia 2025 (IGWM2025) telah dianjurkan oleh Geothermal Resources Sdn. Bhd. (GRSB), sebuah syarikat pemula Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan sokongan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Puan Salina Samsudin, ADUN Kawasan Behrang bertempat di Dewan Orang Ramai, Ulu Slim, Perak pada 7 Oktober 2025.
Dalam ucapan aluan, Prof. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) UKM, menekankan kepentingan pusat penyelidikan geoterma di Ulu Slim yang terletak kurang 500 meter daripada lokasi majlis. “Pusat ini diharapkan menjadi mercu tanda penyelidikan tenaga baharu negara hasil kerjasama erat antara industri dan akademia,” katanya.
Selain itu, penghasilan setem khas Pos Malaysia yang memaparkan tiga lokasi air panas utama iaitu Ulu Slim (Perak), Lojing (Kelantan) dan Apas Kiri (Sabah) yang menjadi simbol sokongan terhadap usaha memperkenalkan sumber tenaga geoterma kepada masyarakat.
IGWM2025 berlangsung dari 5 hingga 8 Oktober 2025 dengan pelbagai aktiviti, antaranya pertandingan memancing, kenduri rakyat, pameran industri, sesi demo penyelidikan serta penyerahan beras sumbangan BERNAS kepada masyarakat kampung dan orang Asli. YB Puan Salina Samsudin juga merupakan alumni Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM menutup ucapannya dengan harapan agar IGWM2025 menjadi pemangkin kepada pembangunan tenaga hijau negara yang menjadi langkah penting ke arah matlamat sifar bersih karbon menjelang 2050.
Turut hadir YBhg. Prof. ChM Dr. Ishak Ahmad, Dekan FST, YBhg Dato’ Gs. Hj. Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang juga merupakan Alumni Geologi UKM (1989 – 1993), YBrs. P.Geol. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Pengarah JMG Selangor yang juga merupakan Alumni Geologi UKM serta wakil-wakil dari PETRONAS, SEDA, I-KOM UKM, ALAF UKM, NewQuest Geotechnology serta agensi dan pemain industri yg lain.
Berita ihsan: Laman Facebook Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi