JSBAS @ Hari Penyelidikan & Inovasi FST (HAPI 2025)
21 Mei 2025, Rabu – Warga JSBAS telah mengambil bahagian dalam Hari Penyelidikan dan Inovasi (HAPI) 2025 anjuran Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia bersempena sambutan 25 tahun penubuhan FST. Program yang diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi ini merupakan sebahagian daripada Festival of Ideas FST dan telah berlangsung dengan meriah dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Prof. Dr. Marlia Mohd Hanafiah, Pensyarah Kanan JSBAS, diumumkan sebagai Duta Inovasi (Akademik) bagi sesi 2025-2027 semasa program HAPI dijalankan. Selain itu, penyertaan poster inovasi JSBAS bertajuk “Transforming Geo-‘Re&Di’ Research into Products That Empower Tourism and Education” yang diketuai Dr. Norbert Simon (Program Sains Geologi) turut membawa pulang pingat perak. Tahniah kepada semua dan semoga seluruh warga JSBAS meneruskan budaya inovasi bagi menaikkan nama UKM di mata dunia.
[ Gambar Ihsan: FST dan JSBAS ]






