Program Adiwira Plastik: Jom Lindungi Bumi, SK Panglima Adnan, PD

Program Adiwira Plastik: Jom Lindungi Bumi
29 April 2025

Perkongsian oleh Dr. Khairiatul Mardiana Jansar

Lokasi: SK Panglima Adnan, Port Dickson

Anjuran: Program Sains Sekitaran dan Sains Laut, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Diterajui oleh:
Penasihat: Dr. Norfazrin Mohd. Hanif
Penasihat bersama:
1) Dr. Khairiatul Mardiana Jansar
2) PM Dr. Masni Mohd Ali

Program ini diadakan bagi memupuk kesedaran untuk mengurangkan penggunaan plastik dan rasa cinta kepada alam dalam kalangan murid-murid sekolah rendah berumur 10 tahun hingga 12 tahun. Program ini juga memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti “hands-on” bagi meningkatkan rasa ingin tahu dan minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025).

Terima kasih atas sokongan kewangan dari Asia Pacific Network for Global Change Research, Prasiswazah FST, PMFST dan HEP UKM.

Terima kasih juga atas sokongan semua pihak sehingga projek ini berjaya dijalankan.