Pemangkinan Untuk Tenaga Boleh Diperbaharui & Kelestarian Alam Sekitar (CaREES)

Visi

  • Untuk mempromosikan teknologi pemangkinan sebagai kunci disiplin untuk masa depan masyarakat yang lestari.
  • Untuk memupuk integrasi pemangkinan homogen, heterogen dan bio bagi mengatasi cabaran yang baru dalam pemangkinan.

Misi

  • CaREES komited untuk mempromosikan pemindahan ilmu saintifik dan jaringan hubungan penyelidikan pemangkinan antara saintis CaREES, industri, pembuat dasar, dan pihak berkepentingan lain di peringkat nasional dan antarabangsa untuk masa depan yang lestari.

Nic Penyelidikan

Bahagian 1: Reka Bentuk Mangkin & Tindak Balas Novel

  • Reka bentuk, sintesis, dan memahami sifat fizikokimia mangkin dari peringkat molekul dan aplikasi melalui eksperimental dan pemodelan teori.
  • Memahami cara mangkin pepejal beroperasi pada tahap atom dalam kitaran reaktif melalui teknik eksperimental canggih dan pemodelan teori.
  • Pembangunan mangkin berstruktur nano/hierarki, termasuk pemangkin bifungsi, pemangkinan aloi nano, dan reka bentuk reaktor.

Bahagian 2: Pemangkinan Untuk Tenaga Lestari

  • Penyimpanan dan penukaran tenaga suria menerusi tindak balas pemangkinan
  • Pemangkinan kimia berasaskan solar untuk penghasilan tenaga boleh diperbaharui (bahan api solar).
  • Pemangkinan dan bahan untuk sel-fuel (SOFC, DMFC, PEM) dan tindak balas redoks bateri.

Bahagian 3: Pemangkinan Untuk Kelestarian Alam Sekitar

  • Proses pengoksidaan maju pemangkin yang cekap tenaga untuk pencemaran yang muncul dalam rawatan air dan air sisa;
  • Kawalan pelepasan gas automotif dan industri termasuklah penjerapan dan penukaran gas rumah hijau (GHG) secara tindak balas pemangkinan.

Bahagian 4: Pemangkinan Untuk Sintesis Bahan Kimia Nilai Tambah

  • Pemangkinan kimia berasaskan solar untuk sintesis bahan kimia nilai tambah
  • Pemangkinan penukaran bahan biojisim dan sisa kepada bahan kimia dan bahan bakar
  • Pemangkinan kimia untuk mensintesis sebatian organik yang mengandungi ammonia dan nitrogen
  • Pemangkinan pembentukan ikatan dalam organometallik dan bioorganometallik
  • Pemangkinan desulfurisasi
  • Pemangkinan pempolimeran

Ahli Penyelidik CaREES

  1. Dr. Mohamad Azuwa Mohamed (Ketua)
  2. Prof. Dr. Mohammad B. Kassim
  3. Prof. Dr. Muhammad Mukram Bin Mohamed Mackeen
  4. Prof. Madya. Dr. Muhammad Rahimi Yusop
  5. Dr. Wan Nur Aini Wan Mokhtar
  6. Dr. Teh Lee Peng
  7. Dr. Muntaz Binti Abu Bakar

Profesor Kehormat CaREES

  1. Prof. Dr. Mohd Ambar Bin Yarmo