UKM–RIKEN FrontiER Perkukuh Jaringan Penyelidikan Antarabangsa

UKM–RIKEN FrontiER Perkukuh Jaringan Penyelidikan Antarabangsa🤝
Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM telah berjaya menganjurkan program UKM–RIKEN FrontiER pada 12 Februari 2026💪. Program ini menghimpunkan barisan saintis daripada RIKEN, Jepun dalam satu platform perkongsian ilmu dan jaringan penyelidikan antara kedua-dua institusi. Turut serta adalah wakil dari USM yang berkongsi sejarah kerjasama, pengalaman, dan usaha kolaborasi antara USM dan RIKEN yang telah terjalin sekian lama sebagai panduan kepada FST.
Sepanjang program, para peserta telah mengikuti sesi perkongsian oleh saintis RIKEN yang membentangkan perkembangan penyelidikan terkini dalam bidang kimia, biologi, fizik dan teknologi termaju. Sesi ini membuka ruang perbincangan ilmiah serta pertukaran idea antara kedua-dua institusi.
Program UKM–RIKEN FrontiER mencerminkan komitmen FST UKM dalam memperkukuh jaringan antarabangsa dan memperkasa ekosistem penyelidikan berimpak tinggi. Inisiatif ini diharapkan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik antara UKM, RIKEN dan juga USM pada masa hadapan.
TAHNIAH 🥳🥳
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

UKM–RIKEN FrontiER Strengthens International Research Networks

The Faculty of Science and Technology (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), successfully organized the UKM–RIKEN FrontiER programme on 12 February 2026. The programme brought together a distinguished delegation of scientists from RIKEN, Japan, providing a platform for knowledge exchange and the strengthening of research networks between the two institutions. Representatives from Universiti Sains Malaysia (USM) were also present to share insights on the long-standing collaboration between USM and RIKEN, including their experiences and collaborative efforts, serving as valuable guidance for FST.

Throughout the programme, participants attended knowledge-sharing sessions conducted by RIKEN scientists, who presented the latest research advancements in chemistry, biology, physics, and advanced technologies. These sessions fostered meaningful academic discussions and facilitated the exchange of ideas between the institutions. The UKM–RIKEN FrontiER programme reflects FST UKM’s commitment to strengthening international networks and advancing a high-impact research ecosystem. This initiative is expected to serve as a catalyst for further strategic collaborations between UKM, RIKEN, and USM in the future.

Congratulations.