Sains Malaysiana 50(8)(2021): 2419-2431

http://doi.org/10.17576/jsm-2021-5008-23

 

Pemegunan Bahan Radioaktif dalam Enap Cemar Minyak menggunakan Kaca sebagai Kaedah Alternatif

(Solidification of Radioactive Materials in Oil Sludge using Glass as Alternative Method)

 

NUR SYUHADA IZZATI RUZALI1, NURSHAHIRAH ALWI1, MOHD IDZAT IDRIS1,2, SYAZWANI MOHD FADZIL1,2* & ROHYIZA BA’AN3

 

1Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

 

2Pusat Penyelidikan Teknologi Nuklear, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

 

3Jabatan Teknologi Sisa dan Persekitaran, Agensi Nuklear Malaysia, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

 

Diserahkan: 11 September 2020/Diterima: 15 Disember 2020

 

ABSTRAK

Enap cemar minyak dikategorikan sebagai bahan radioaktif peringkat rendah dan pelupusan sisa ini menjadi isu penting dalam pengurusan sisa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menguruskan bahan radioaktif tabii (NORM) yang terkandung dalam sisa enap cemar minyak melalui kaedah pengacaan dan mengkaji kadar larut lesap bahan dipegun sebelum dilupuskan. Kajian mendapati bahawa sisa muatan yang optimum bagi bentuk sisa kaca adalah pada julat 20-25% bt. sisa enap cemar dan 75-80% bt. sisa kaca CRT yang dibakar pada suhu 1200°C. Ujian XRD menunjukkan kesemua bentuk sisa kaca adalah kebanyakannya amorfus dan unsur-unsur bertabur dengan sekata melalui analisis FESEM-EDX. Tambahan pula, pembebasan ternormal adalah rendah dan tidak melebihi nilai penunjuk yang dijadikan rujukan. Bentuk sisa kaca yang terhasil dalam kajian ini menunjukkan kaedah pengacaan boleh menjadi alternatif bagi pelupusan sisa enap cemar minyak yang mengandungi bahan radioaktif.

Kata kunci: