Seminar Persediaan Kerjaya Jabatan Sains Makanan 2024

Seminar Persediaan Kerjaya Jabatan Sains Makanan 2024 telah berlangsung pada 19 Oktober 2024 di Dewan Akademi Siber Teknopolis, UKM. Seminar yang diadakan di bawah Sekretariat Prasiswazah FST dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) FST serta Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM) FST merupakan sebahagian daripada aktiviti “finishing school”. Seminar ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar Tahun 3 yang bakal menjalani latihan industri tentang cabaran alam pekerjaan.
.
Terima kasih diucapkan kepada pihak FST, JSMn terutamanya Ketua Program Sains Makanan – Dr. @soffalina_sofianseng, Penyelaras Alumni JSMn – Dr. @syuhadarazali, JK Kelab Sains Makanan dan Pemakanan (KESAMAP) yang bertungkus-lumus menjayakan seminar ini serta semua pelajar Tahun 3 Program Sains Makanan, UKM.
.
Tidak dilupakan juga terima kasih tidak terhingga kepada barisan panel dengan perkongsian yang sangat menarik – Puan Siti Hazlin Jantan Siti Hazlin dari @nestle.malaysia juga merupakan Alumni UKM, Puan Intan Safizah Salim dari @fonterra.my serta alumni UKM yang juga merupakan Penerima Anugerah Latihan Industri Tersohor 2024 iaitu saudari Shu Jo Lin @jolin_010 & saudari Chan Ker Li @chankerli. Tidak terkecuali terima kasih kepada semua barisan panel “mock interview” dari Nestle dan Fonterra Brands yang memberikan tips dan komen membina kepada peserta.
.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih turut ditujukan kepada @marrybrownmy dan @nestle.malaysia atas kesudian menaja program ini. Penajaan ini memberikan impak yang besar kepada pelajar yang menyertai seminar ini.