Doktor Falsafah

BIDANG PENYELIDIKAN YANG DITAWARKAN

Pusat Pengajian Sains Matematik menjalankan penyelidikan dalam berbagai bidang kajian seperti Aljabar, Analisis Kompleks, Teori Kumpulan, Matematik Kabur, Mekanik Bendalir, Sistem Dinamik, Kaedah Berangka, Matematik Komputeran, Pemodelan Bermatematik, Biomekanik, Pengoptimuman, Etnomatematik, Sejarah dan Falsafah Sains Matematik, Matematik Pengurusan, Matematik Kewangan, Pemodelan Aktuari, Pemodelan Multi-aras, Pemodelan Berstatistik, Statistik Perubatan, Statistik Sosial, Kajian Lalu lintas, Peramalan dan Pemodelan Siri Masa, Proses Stokastik, Teknik Pensampelan, Pemprosesan Imej, Pengurusan Kualiti Menyeluruh, Kawalan Proses dan Peningkatan Kualiti serta Pengukuran Produktiviti.

Pada peringkat pengajian Doktor Falsafah, Pusat Pengajian Sains Matematik menawarkan program berikut:

  • Matematik
  • Statistik
  • Peningkatan Kualiti dan Produktiviti

SYARAT KEMASUKAN
Calon yang ingin memohon mengikuti program-program tersebut di Pusat Pengajian Sains Matematik mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

a) Ijazah Sarjana Sains dalam bidang sains matematik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
b) Kelulusan lain yang setara dengan Ijazah Sarjana Sains atau kelayakan lain seperti pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
c) Sedang mengikuti program Sarjana Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan keputusan yang memuaskan dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk menukar status kepada Program Doktor Falsafah dengan kelulusan fakulti; atau
d) Ijazah Sarjanamuda Sains atau kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh   Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.67 daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat.

Calon yang mengikuti program Doktor Falsafah dikehendaki mendaftar kursus STPD6014 Kaedah Penyelidikan dan juga pendaftaran tesis untuk setiap semester sehingga tamat pengajian. Calon perlu menjadualkan pertemuan dengan penyelia atau jawatankuasa siswazah tidak kurang daripada 40 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar sepenuh masa dan 20 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar separuh masa.

DOKTOR FALSAFAH (MATEMATIK)

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)
OPP1: Untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan mempunyai daya saing.
OPP2: Untuk melengkapkan pelajar dengan keupayaan menterjemah dan mensintesis pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan pembangunan.
OPP3: Untuk melengkapkan pelajar dengan kesedaran terhadap alam sekitar dan mendokong pembangunan mapan.
OPP4: Untuk melengkapkan pelajar dengan kebolehan menggunakan kaedah penyelesaian bermatematik seperti analisis, pemodelan, pengaturcaraan dan perisian matematik dalam menangani isu-isu pembangunan dan perubahan semasa.
OPP5: Untuk melengkapkan pelajar dengan pendekatan saintifik dalam menjana dan berkongsi pengetahuan yang bersifat inter dan intra disiplin.
OPP6: Untuk melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dan mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
HPP1: Berupaya memperoleh dan menggunakan pengetahuan matematik.
HPP2: Berkebolehan merangka reka bentuk kaedah dan model matematik yang bersesuaian dengan masalah.
HPP3: Berkemampuan menganalisis dan mentafsir penyelesaian dan menjana idea baru berasaskan penyelesaian tersebut.
HPP4: Berkebolehan memperoleh, mengguna dan menjana maklumat.
HPP5: Berkekuatan mengendalikan emosi.
HPP6: Menjunjung akhlak mulia dan nilai-nilai estetika terhadap Pencipta, pelanggan dan masyarakat.
HPP7: Berkeupayaan memimpin, bekerja secara berpasukan dan mengutamakan kejayaan bersama.
HPP8: Berupaya berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
HPP9: Berkebolehan memahami dampak penyelesaian matematik dalam pelbagai dimensi kehidupan.
HPP10: Berkebolehan mengiktiraf keperluan pembelajaran berterusan dan mengamalkannya sepanjang hayat.
HPP11: Memiliki ciri-ciri keusahawanan

DOKTOR FALSAFAH (STATISTIK)

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)
OPP1: Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan mempunyai daya saing;
OPP2: Melengkapkan pelajar dengan keupayaan menterjemah dan mensintesis pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan pembangunan;
OPP3: Melengkapkan pelajar dengan kesedaran terhadap alam sekitar dan mendokong pembangunan mapan;
OPP4: Melengkapkan pelajar dengan kebolehan menggunakan kaedah penyelesaian bermatematik seperti analisis, pemodelan, pengaturcaraan dan perisian matematik dalam menangani isu-isu pembangunan dan perubahan semasa;
OPP5: Melengkapkan pelajar dengan pendekatan saintifik dalam menjanakan dan berkongsi pengetahuan yang bersifat inter- dan intra-disiplin; dan
OPP6: Melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dan mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
HPP1: Berupaya untuk menerapkan pengetahuan statistik.
HPP2: Berkebolehan merangka reka bentuk kaedah yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.
HPP3: Berkemampuan menganalisis dan mentafsirkan penyelesaian yang diperoleh dan menjana idea baru berasaskan penyelesaian tersebut.
HPP4: Berkebolehan memperoleh, mengguna dan menjana maklumat.
HPP5: Berkekuatan mengendalikan emosi.
HPP6: Menjunjung akhlak mulia dan nilai-nilai estetika terhadap Pencipta, pelanggan dan masyarakat.
HPP7: Berkeupayaan untuk memimpin, bekerja secara berpasukan dan mengutamakan kejayaan bersama.
HPP8: Berupaya untuk berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
HPP9: Berkebolehan untuk memahami dampak penyelesaian statistik dalam pelbagai dimensi kehidupan.
HPP10:Berkebolehan untuk mengiktiraf keperluan pembelajaran berterusan dan mengamalkannya sepanjang hayat.
HPP11: Memiliki ciri-ciri keusahawanan.

DOKTOR FALSAFAH (PENINGKATAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI)

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)
OPP1: Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan mempunyai daya saing;
OPP2: Melengkapkan pelajar dengan keupayaan menterjemah dan mensintesis pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan pembangunan;
OPP3: Melengkapkan pelajar dengan kesedaran terhadap alam sekitar dan mendokong pembangunan mapan;
OPP4: Melengkapkan pelajar dengan kebolehan menggunakan kaedah penyelesaian bermatematik seperti analisis, pemodelan, pengaturcaraan dan perisian matematik dalam menangani isu-isu pembangunan dan perubahan semasa;
OPP5: Melengkapkan pelajar dengan pendekatan saintifik dalam menjanakan dan berkongsi pengetahuan yang bersifat inter- dan intra-disiplin; dan
OPP6: Melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dan mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
HPP1: Berupaya untuk menerapkan pengetahuan kualiti dan produktiviti.
HPP2: Berkebolehan merangka reka bentuk kaedah yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.
HPP3: Berkemampuan menganalisis dan mentafsirkan penyelesaian yang diperoleh dan menjana idea baru berasaskan penyelesaian tersebut.
HPP4: Berkebolehan memperoleh, mengguna dan menjana maklumat.
HPP5: Berkekuatan mengendalikan emosi.
HPP6: Menjunjung akhlak mulia dan nilai-nilai estétika terhadap Pencipta, pelanggan dan masyarakat.
HPP7: Berkeupayaan untuk memimpin, bekerja secara berpasukan dan mengutamakan kejayaan bersama.
HPP8: Berupaya untuk berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
HPP9: Berkebolehan untuk memahami dampak penyelesaian kualiti dan produktiviti dalam pelbagai dimensi kehidupan.
HPP10:Berkebolehan untuk mengiktiraf keperluan pembelajaran berterusan dan mengamalkannya sepanjang hayat.
HPP11: Memiliki ciri-ciri keusahawanan.