Sejarah

Bangunan Sains Matematik

Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) bermula semenjak tertubuhnya Jabatan Matematik pada tahun 1970, iaitu seiring dengan penubuhan UKM. Pada tahun 1978 Unit Statistik dan Sains Komputer diwujudkan dalam Jabatan Matematik.

Pada tahun 1982 Jabatan Matematik dinaikkan taraf menjadi sebuah fakulti yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Kuantitatif (PPK) dan terdiri daripada Jabatan Matematik, Jabatan Statistik dan Jabatan Sains Komputer. Seterusnya pada tahun 1991 PPK menukar nama kepada Fakulti Sains Matematik dan Komputer (FSMK).

Pada tahun 1994 FSMK berkembang kepada dua fakulti, iaitu Fakulti Sains Matematik (FSM) dan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). Pada sesi 1996/97 FSM mula menawarkan program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) untuk ijazah pertama. Pada tahun 1996 FSM menubuhkan Pusat Peningkatan Kualiti dan Produktiviti bagi mempromosi sains matematik kepada pihak luar.

Pada 19 Julai 1999, selaras dengan penstrukturan semula fakulti-fakulti gugusan sains, FSM menjadi PPSM di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST).

Pada Disember 2019, PPSM kini dikenali sebagai Jabatan Sains Matematik.