Program Matematik

PENGENALAN

Pelajar yang mengambil matematik sebagai bidang pengkhususan akan didedahkan dengan ilmu bercorak teori dan juga gunaan. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai teknik penyelesaian masalah secara analisis dan berangka. Pelajar juga akan diajar untuk mentakrif masalah, memahami permasalahan yang dinyatakan dan ini akan mencorak kreativiti para pelajar dalam menangani teknik penyelesaian dan pembuktian.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)

OPP1 Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan mempunyai daya saing;

OPP2 Melengkapkan pelajar dengan keupayaan menterjemah dan mensintesis pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan pembangunan;

OPP3 Melengkapkan pelajar dengan kesedaran terhadap alam sekitar dan mendokong pembangunan mapan;

OPP4 Melengkapkan pelajar dengan kebolehan menggunakan kaedah penyelesaian bermatematik seperti analisis, pemodelan, pengaturcaraan dan perisian matematik dalam menangani isu-isu pembangunan dan perubahan semasa;

OPP5 Melengkapkan pelajar dengan pendekatan saintifik dalam menjana dan berkongsi pengetahuan yang bersifat inter- dan intra-disiplin; dan

OPP6 Melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi serta mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

HPP1 Berkeupayaan menerap pengetahuan matematik dalam pelbagai aspek kehidupan.

HPP2 Berkemampuan menganalisis dan mentafsir penyelesaian yang diperoleh dan menjana idea baharu berasaskan penyelesaian tersebut.

HPP3 Berkemahiran berfikir dan berhujah secara matang dengan emosi yang stabil serta tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan persekitaran.

HPP4 Mempunyai nilai-nilai moral, beretika dan profesionalisme.

HPP5 Berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan, berkepimpinan dan berkerja secara berpasukan.

HPP6 Berkebolehan mengenal pasti kaedah penyelesaian yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

HPP7 Berkebolehan memperoleh, mengurus, mengguna dan menyebar maklumat serta terlibat dengan pembelajaran sepanjang hayat.

HPP8 Berkebolehan melaksana prinsip-prinsip pengurusan dan keusahawanan.

 

STRUKTUR PROGRAM MATEMATIK

struktur-math

LIPUTAN KURSUS

Pusat Pengajian
STQP1013 Pengaturcaraan Komputer
STQP1513 Asas Ekonomi I
STQP1523 Asas Ekonomi II
STQP2034 Kaedah Berangka
STQP2043 Penyelidikan Operasi
STQP2513 Pengenalan Pengurusan Perniagaan
STQP2523 Pengenalan Insurans dan Takaful
STQP2533 Asas Perakaunan dan Kewangan
STQP3063 Sejarah dan Falsafah Sains Matematik

Program Matematik
STQM1114 Kalkulus I
STQM1124 Kalkulus II
STQM1223 Aljabar Linear
STQM2133 Kalkulus Pemboleh Ubah Kompleks
STQM2343 Persamaan Beza dan Terbitan
STQM2543 Mekanik Klasik dan Kuantum
STQM3153 Analisis Nyata
STQM3253 Struktur Aljabar
STQM3453 Strategi dan Kawalan
STQM3563 Beberapa Isu Pilihan dalam Matematik Industri
STQM3994 Penyelidikan Tahun Akhir
STQM3886 Latihan Industri

Kursus Wajib Program Statistik

STQS1114 Statistik I
STQS1124 Statistik II
STQS2234 Pemodelan Statistik

Kursus Citra ditawar oleh Pusat Pengajian Sains Matematik
STQP1013 Pengaturcaraan Komputer (D3)
STQP1033 Landasan Matematik (D3)
STQM1713 Matematik dalam Biologi dan Teknologi Maklumat (D3)
STQM1823 Biomatematik Permulaan (D3)
STQM1913 Teknik Matematik I (D3)
STQS1913 Statistik Gunaan (D3)
STQP2413* Pengurusan Data & Pengkomputeran (D4)
STQP2513 Pengenalan Pengurusan Perniagaan (D4)
STQA2133+ Matematik Kewangan (D3)
STQP3063 Sejarah dan Falsafah Sains Matematik (D1)
STQS3463 Pemikiran Statistik dan Perundingan (D1)
STQA3233 Isu-isu Sains Aktuari (D1)
* WP untuk pelajar Matematik dan Statistik
+ WM untuk pelajar Sains Aktuari
• Pelajar-pelajar juga boleh memilih mana-mana kursus citra ditawar oleh Pusat Pengajian atau Fakulti lain yang bersesuaian.
• Pelajar-pelajar dinasihatkan berbincang dengan Ketua Program masing-masing untuk mendapat nasihat dalam membuat pilihan kursus Citra.