Program Sains Aktuari

Pengenalan

Program Sains Aktuari dimulakan pada tahun 1988 di bawah Jabatan Statistik, Pusat Pengajian Kuantitatif. Kini program ini merupakan antara program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi.

Pelajar yang mengambil sains aktuari sebagai bidang pengkhususan akan didedahkan dengan pengetahuan ilmu sains aktuari yang mantap, menyeluruh dan terkini. Program menawarkan pelbagai kursus matematik, statistik, penghitungan dan asas-asas sains yang lain. Di samping itu, program ini menawarkan silabus asas untuk pelajar menduduki peperiksaan ikhtisas yang diiktiraf oleh badan ikhtisas luar negara seperti Society of Actuaries (USA), Casualty of Actuarial Society (USA) dan Institute of Actuaries (UK). Program ini menyediakan siswazah kerjaya dalam bidang aktuari, insurans, kewangan, pengurusan, perbankan dan bidang kuantitatif lain.

Beberapa kursus yang ditawarkan oleh Program Sains Aktuari Universiti Kebangsaan Malaysia seperti STQS2234 Pemodelan Statistik, STQP1513 Asas Ekonomi I dan STQP1523 Asas Ekonomi II telah mendapat kelulusan kredit Validation by Educational Experience (VEE) daripada Society of Actuaries (USA), Casualty Actuarial Society (USA) dan Canadian Institute of Actuaries (Canada).

 

Objektif Pendidikan Program (OPP)

Objektif Program Sains Aktuari adalah untuk melahirkan graduan yang mahir dengan pengetahuan sains aktuari yang mantap dan terkini, mempuyai aspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing, berinovatif serta berupaya memartabatkan Bahasa Melayu dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik dalam menyumbang kepada pelbagai displin untuk memacu pembangunan negara dan sejagat.

OPP1   Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan mempunyai daya saing;

OPP2   Melengkapkan pelajar dengan keupayan menterjemah dan mensintesis pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan pembangunan;

OPP3   Melengkapkan pelajar dengan kesedaran terhadap alam sekitar dan mendokong pembangunan mapan;

OPP4   Melengkapkan pelajar dengan kebolehan menggunakan kaedah penyelesaian sains aktuari seperti analisis, pemodelan, pengurusan dan pengetahuan kewangan dalam menangani isu-isu insurans, pencen, kewangan dan pelaburan;

OPP5   Melengkapkan pelajar dengan pendekatan saintifik dalam menjana dan berkongsi pengetahuan yang bersifat inter- dan intra-disiplin; dan

OPP6   Melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dan mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.

 

Hasil Pembelajaran Program

HPP1 Berkeupayaan memahami dan mengaplikasi pengetahuan asas sains aktuari dalam pelbagai aspek kehidupan.

HPP2 Berkemahiran teknikal dan praktikal untuk mengenal pasti, menganalisis dan mentafsir penyelesaian masalah dalam sains aktuari.

HPP3 Berkebolehan untuk memahami dan menilai kesan penyelesaian masaalah terhadap masyarakat dan alam sekitar.

HPP4 Mempunyai nilai-nilai moral, beretika dan profesionalisme.

HPP5 Berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan, berkeupayaan memimpin dan bekerja secara berpasukan.

HPP6 Berkeupayaan berfikir secara kritikal dan mengaplikasi pendekatan saintifik dalam penyelesaian masaalah.

HPP7 Berkebolehan mengumpul dan menguruskan maklumat serta melibatkan diri dalam pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.

HPP8 Memiliki kemahiran pengurusan dan keusahawanan.

 

Struktur Program Sains Aktuari

LIPUTAN KURSUS

Pusat Pengajian

STQP1013  Pengaturcaraan Komputer

STQP1513  Asas Ekonomi I

STQP1523  Asas Ekonomi II

STQP2034  Kaedah Berangka

STQP2043 Penyelidikan Operasi

STQP2523  Pengenalan Insurans dan Takaful

STQP2533  Asas Perakaunan dan Kewangan

STQP3063  Sejarah dan Falsafah Sains Matematik

 

Kursus Wajib Program Statistik

STQS1114  Statistik I

STQS1124  Statistik II

STQS2234  Pemodelan Statistik

 

Kursus Wajib Program Matematik

STQM1114 Kalkulus I

STQM1124 Kalkulus II

STQM1223 Aljabar Linear

 

Program Sains Aktuari

STQA2133 Matematik Kewangan

STQA2143 Matematik Aktuari I

STQA2543 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio I

STQA3153 Matematik Aktuari II

STQA3163 Teori Risiko

STQA3233 Isu-isu Sains Aktuari

STQA3253 Model Kemandirian

STQA3263 Perancangan dan Pengawalan Aktuari

STQA3553 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio II

STQA3994 Projek Penyelidikan Tahun Akhir

STQA3886 Latihan Industri

 

Kursus Citra ditawar oleh Pusat Pengajian Sains Matematik

STQP1013 Pengaturcaraan Komputer(D3)

STQP1033 Landasan Matematik (D3)

STQM1713 Matematik dalam Biologi dan Teknologi Maklumat(D3)

STQM1823 Biomatematik Permulaan(D3)

STQM1913 Teknik Matematik I(D3)

STQS1913 Statistik Gunaan(D3)

STQP2413* Pengurusan Data & Pengkomputeran(D4)

STQP2513 Pengenalan Pengurusan Perniagaan(D4)

STQA2133+ Matematik Kewangan(D3)

STQP3063 Sejarah dan Falsafah Sains Matematik(D1)

STQS3463 Pemikiran Statistik dan Perundingan(D1)

STQA3233 Isu-isu Sains Aktuari (D1)

 

* WP untuk pelajar Matematik dan Statistik

+ WM untuk pelajar Sains Aktuari

 

  • Pelajar-pelajar juga boleh memilih mana-mana kursus citra ditawar oleh Pusat Pengajian atau Fakulti lain yang bersesuaian.
  • Pelajar-pelajar dinasihatkan berbincang dengan Ketua Program masing-masing untuk mendapat nasihat dalam membuat pilihan kursus Citra.