Program Statistik

Pengenalan

Pelajar yang mengambil Statistik sebagai bidang pengkhususan akan didedahkan dengan ilmu teori dan juga gunaan. Pelajar akan mempelajari pelbagai teknik penyelesaian masalah dan analisis data. Pelajar juga akan diajar untuk mentakrif masalah, memahami permasalahan yang dinyatakan, mengenal pasti kaedah pengutipan data menjalankan analisis dan memberi tafsiran terhadap analisis data. Dengan itu, ini akan mencorakkan kreativiti para pelajar dalam menangani teknik penyelesaian masalah, pengutipan data dan tafsiran terhadap keputusan yang diperoleh.

 

Objektif Pendidilkan Program (OPP)

Untuk melahirkan siswazah yang mahir dan mempunyai pengetahuan ilmu statistik yang mantap, menyeluruh dan terkini, kompeten dalam kemahiran insaniah, kesedaran terhadap persekitaran serta boleh menyumbang kepada pelbagai disiplin dalam memacu pembangunan negara dan sejagat.

Program SarjanaMuda Sains (Statistik) UKM berhasrat melahirkan siswazah yang:

OPP1   Berketerampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan mempunyai daya saing;

OPP2   Berupaya menterjemah dan mensintesis pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan pembangunan;

OPP3   Mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar, mendokong pembangunan mapan;

OPP4   Berkebolehan menggunakan kaedah penyelesaian berstatistik dan saintifik seperti analisis, pemodelan, pengaturcaraan dan perisian statistik dalam menangani isu-isu pembangunan dan perubahan semasa;

OPP5   Mengamalkan pendekatan saintifik dalam menjanakan dan berkongsi pengetahuan yang bersifat inter- dan intra-disiplin; dan

OPP6   Mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dan mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.

 

Hasil Pembelajaran  Program (HPP)

HPP1   Berupaya memperoleh dan menggunakan pengetahuan asas statistik.

HPP2  Berkeupayaan untuk mendapatkan maklumat, memilih dan menggunakan kaedah statistik, pengaturcaraan dan perisian yang sesuai bagi menyelesai permasalahan.

HPP3  Berkebolehan memahami dan menilai dampak konsep/kaedah statistik dalam penyelesaian pelbagai  masalah kehidupan.

HPP4 Mengamalkan prinsip-prinsip beretika, profesionalisme dan nilai-nilai mulia dalam kehidupan dan kerjaya berlandaskan kepada prinsip kepercayaan kepada Tuhan.

HPP5 Berkomunikasi dengan berkesan dalam menyampaikan maklumat, idea, masalah dan penyelesaian kepada pakar dan bukan pakar.

HPP6 Berkebolehan untuk mengenal pasti, merumus dan menganalisis masalah yang  memerlukan penggunaan  kaedah statistik.

HPP7 Berkebolehan mengumpul dan mengurus matklumat serta mengiktiraf keperluan pembelajaran berterusan dan mengamalkannya sepanjang hayat.

HPP8  Memiliki kemahiran pengurusan dan keusahawanan.

 

Struktur Program Statistik

LIPUTAN KURSUS

Pusat Pengajian

STQP1013 Pengaturcaraan Komputer

STQP1513 Asas Ekonomi I

STQP1523 Asas Ekonomi II

STQP2034 Kaedah Berangka

STQP2043 Penyelidikan Operasi

STQP2513 Pengenalan Pengurusan Perniagaan

STQP2523 Pengenalan Insurans dan Takaful

STQP2533 Asas Perakaunan dan Kewangan

STQP3063 Sejarah dan Falsafah Sains Matematik

 

Program Statistik

STQS1114 Statistik I

STQS1124 Statistik II

STQS2133 Pentaabiran Statistik

STQS2234 Pemodelan Statistik

STQS2243 Tinjauan dan Pensampelan

STQS2443 Statistik Industri

STQS3163 Proses Stokastik

STQS3253 Kaedah Multivariat

STQS3353 Reka Bentuk Uji Kaji dan Analisis

STQS3453 Statistik Perubatan dan Sosial

STQS3463 Pemikiran Statistik dan Perundingan

STQS3994 Projek Penyelidikan Tahun Akhir

STQS3886 Latihan Industri

 

Kursus Wajib Program Matematik

STQM1114 Kalkulus I

STQM1124 Kalkulus II

STQM1223 Aljabar Linear

 

Kursus untuk Pelajar Luar Pusat Pengajian dalam FST

STQS1913 Statistik Gunaan

 

Kursus Citra ditawar oleh Pusat Pengajian Sains Matematik

STQP1013 Pengaturcaraan Komputer(D3)

STQP1033 Landasan Matematik (D3)

STQM1713 Matematik dalam Biologi dan Teknologi Maklumat(D3)

STQM1823 Biomatematik Permulaan(D3)

STQM1913 Teknik Matematik I(D3)

STQS1913 Statistik Gunaan(D3)

STQP2413* Pengurusan Data & Pengkomputeran(D4)

STQP2513 Pengenalan Pengurusan Perniagaan(D4)

STQA2133+ Matematik Kewangan(D3)

STQP3063 Sejarah dan Falsafah Sains Matematik(D1)

STQS3463 Pemikiran Statistik dan Perundingan(D1)

STQA3233 Isu-isu Sains Aktuari (D1)

 

* WP untuk pelajar Matematik dan Statistik

+ WM untuk pelajar Sains Aktuari

  • Pelajar-pelajar juga boleh memilih mana-mana kursus citra ditawar oleh Pusat Pengajian atau Fakulti lain yang bersesuaian.
  • Pelajar-pelajar dinasihatkan berbincang dengan Ketua Program masing-masing untuk mendapat nasihat dalam membuat pilihan kursus Citra.