Sarjana Sains

BIDANG PENYELIDIKAN DAN IJAZAH YANG DITAWARKAN 

Pusat Pengajian Sains Matematik menjalankan penyelidikan dalam berbagai bidang kajian seperti Aljabar, Analisis Kompleks, Teori Kumpulan, Matematik Kabur, Mekanik Bendalir, Sistem Dinamik, Kaedah Berangka, Matematik Komputeran, Pemodelan Bermatematik, Biomekanik, Pengoptimuman, Etnomatematik, Sejarah dan Falsafah Sains Matematik, Matematik Pengurusan, Matematik Kewangan, Pemodelan Aktuari, Pemodelan Multi-aras, Pemodelan Berstatistik, Statistik Perubatan, Statistik Sosial, Kajian Lalu lintas, Peramalan dan Pemodelan Siri Masa, Proses Stokastik, Teknik Pensampelan, Pemprosesan Imej, Pengurusan Kualiti Menyeluruh, Kawalan Proses dan Peningkatan Kualiti serta Pengukuran Produktiviti.

Pada peringkat pengajian siswazah, Pusat Pengajian Sains Matematik menawarkan program Sarjana Sains berikut:

a) Tesis

  • Matematik
  • Statistik

b) Kerja Kursus

  • Matematik
  • Statistik
  • Peningkatan Kualiti dan Produktiviti
  • Sains Data dan Analitik

c)Kerja Kursus Peralihan

  • Statistik

 

SYARAT KEMASUKAN

Calon yang ingin memohon mengikuti program-program tersebut di Pusat Pengajian Sains Matematik mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

a) Ijazah Sarjanamuda Sains dengan PNGK yang baik dalam bidang sains matematik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau

b) Ijazah Sarjanamuda dengan PNGK yang baik dalam bidang sains, teknologi dan perubatan atau Ijazah Sarjanamuda dalam bidang sains sosial daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) Ijazah Sarjanamuda dalam bidang sains, teknologi dan perubatan atau Ijazah Sarjanamuda dalam bidang sains sosial daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat serta pengalaman bekerja yang bersesuaian.

 

JENIS PENGAJIAN

Tesis

Calon yang mengikuti program Sarjana Sains secara tesis dikehendaki mengambil 12 jam kredit kursus yang terdiri daripada kursus STPD6014 Kaedah Penyelidikan dan dua kursus yang berkaitan dengan bidang penyelidikan dan penulisan tesis sebagai syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana.

Kerja kursus

Calon yang mengikuti program Sarjana Sains secara kerja kursus dikehendaki mengikuti dan lulus sekurang-kurangnya 32 jam kredit kursus (kursus wajib dan pilihan) di samping menyiapkan sebuah Projek Penyelidikan yang bernilai 8 jam kredit.

Kerja kursus peralihan

Calon yang diterima masuk ke program Sarjana Sains (Statistik) secara kerja kursus tanpa mempunyai asas kukuh dikehendaki mengikut kursus peralihan. Untuk tujuan ini mereka dikehendaki mengambil tiga kursus bernilai 12 jam kredit. Setiap calon yang mengikuti kursus peralihan perlu mendapat purata gred sekurang-kurangnya B bagi semua kursus-kursus seperti yang dicadangkan untuk membolehkan mereka terus mengikuti program Sarjana Sains (Statistik).

 

STRUKTUR PENGAJIAN