Niat Bere-dagang Saham di Indonesia: Peranan Persepsi Risiko, Literasi Kewangan, Literasi Digital dan Kepercayaan
Stock e-Trading Intention in Indonesia: Role of Risk Perception, Financial Literacy, Digital Literacy and Trust

Fakultas Ekonomi dan Bisnes
Universitas Muhammadiyah Malang
Jl. Raya Tlogomas 246 Malang, 65144, INDONESIA

fika@umm.ac.id

Pusat Kajian Perniagaan Global dan Ekonomi Digital
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

ruzitaar@ukm.edu.my

Jabatan Kewangan
Fakulti Perniagaan dan Ekonomi
Universiti Malaya
50603, Kuala Lumpur, MALAYSIA

sitiaisah.bohari@um.edu.my

Pusat Kajian Perniagaan Global dan Ekonomi Digital
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

azryani@ukm.edu.my

Abstract

Perkhidmatan Fintech e-dagang saham (eDS) dijangka berpotensi meningkatkan penglibatan pelabur runcit yang rendah dalam pasaran saham di Indonesia. Menerusi objektif untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi niat menggunakan eDS ( seterusnya dirujuk sebagai “niat”), kajian ini  literasi kewangan, literasi digital dan kepercayaan). Data daripada 666 bakal pelabur diperoleh antara Disember 2023 hingga Februari 2024 dan diuji menggunakan SEM-AMOS. Dapatan menunjukkan UTAUT2 tidak efektif untuk menjelaskan niat apabila hanya dua faktor asasnya dilihat signifikan, iaitu pengaruh sosial (SI) dan nilai harga (PV). Sebaliknya, dapatan menyerlahkan mengenai kepentingan faktor-faktor pengimbuh: (i) kedua-dua faktor literasi mempengaruhi niat secara langsung; dan (ii) semua faktor pengimbuh menyederhanakan kesan SI dan PV terhadap niat. Penemuan kajian mengesahkan keperluan mempertimbangkan faktor-faktor tambahan untuk mengambil kira peningkatan kecanggihan teknologi dan kekompleksan fungsinya. Berkenaan implikasi dasar, misi kerajaan mengoptimumkan pendigitalan bagi meningkatkan penglibatan dalam pasaran saham perlu didokong dengan inisiatif yang menumpukan kepada peningkatan literasi digital dan kewangan. Bagi mengatasi ancaman jenayah siber yang semakin meningkat, pengawal selia pasaran perlu memastikan penyedia eDS mematuhi peraturan dan undang-undang serta melaksanakan dasar yang melindungi privasi dan kerahsiaan data pengguna. Langkah tersebut untuk mengelak kesan positif pengaruh sosial dan nilai harga terhadap niat daripada dihakis oleh persepsi risiko dan ketidakpercayaan pengguna terhadap eDS.

Keywords

e-dagang saham; literasi digital; Literasi kewangan; model penerimaan teknologi; persepsi risiko

Citation

Fitriasari, F., Abdul Rahim, R., Bohari, S. A., & Auzairy, N. A. (2025). Niat Bere-dagang Saham di Indonesia: Peranan Persepsi Risiko, Literasi Kewangan, Literasi Digital dan Kepercayaan. Jurnal Pengurusan, 75, –. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2025-75-4

@article{fitriasari2025niat,
  title={Niat Bere-dagang Saham di Indonesia: Peranan Persepsi Risiko, Literasi Kewangan, Literasi Digital dan Kepercayaan},
  author={Fitriasari, Fika and Abdul Rahim, Ruzita and Bohari, Siti Aisah and Auzairy, Noor Azryani},
  journal={Jurnal Pengurusan},
 

volume={75},
  number={},
  pages={—},
  year={2025},
  doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2025-75-4},
  publisher={Penerbit UKM},
}

Export Bibliography:


   

Article received:  
Accepted for publication:  
Available online: 

Issue logo

75 (2025)


Share via:


Receive updates when new articles are published