Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Abstract
Strategi dalam melantik semula pesara untuk terus berkhidmat telah lama dilaksanakan dalam sektor awam persekutuan di Malaysia. Walau bagaimanapun, proses pelantikan semula pesara ini tidak jelas dan mendorong pengkaji untuk melaksanakan kajian untuk mendalami proses tersebut. Kajian ini dilaksanakan secara kajian kes melalui pendekatan kualitatif yang melibatkan pengurus sumber manusia terlibat sebagai wakil kepada organisasi yang berkaitan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera. Semua organisasi yang terlibat ini merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang menguruskan urusan pelantikan semula pesara bagi sektor awam persekutuan di Malaysia. Temu bual separa berstruktur digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data kajian daripada peserta kajian dan analisis secara tematik membantu pengkaji untuk mencapai objektif kajian. Maklumat proses pelantikan semula pesara ini juga membantu Kerajaan Persekutuan melalui pembinaan model pelantikan semula pesara mengikut landasan pengurusan sumber manusia yang baik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pelantikan semula pesara perlu melalui peringkat objektif, strategi, aktiviti dan keputusan, selaras dengan kerangka pengambilan pekerja yang dikemukakan oleh Breaugh dan Starke (2000). Hasil kajian juga membantu organisasi dalam menambah baik dasar dan pelaksanaan urusan pelantikan semula pesara sekali gus melancarkan penyampaian perkhidmatan sektor awam persekutuan secara khususnya dan Kerajaan secara amnya.
Keywords
Citation
@article{zulkifli2025proses,
title={Proses Pelantikan Semula Pesara dalam Sektor Awam Persekutuan di Malaysia: Satu Kajian Kes},
author={Zulkifli, Zuliana and Mat, Norazila and Mat Isa, Rosmah and Abdul Ghani, Rohayu},
journal={Jurnal Pengurusan},
number={},
pages={—},
doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2025-75-12},
publisher={Penerbit UKM},
}
Article received:
Accepted for publication:
Available online:
Share via:
Receive updates when new articles are published

