UKM-Graduate School of Business
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
UKM-Graduate School of Business
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Abstract
Sektor penjagaan warga emas di Malaysia menghadapi cabaran pengekalan pekerja yang kritikal seiring dengan pertambahan populasi warga emas. Walaupun latihan dan pembangunan diiktiraf sebagai strategi penting dalam pengurusan sumber manusia, pelaksanaannya bagi pengekalan pekerja penjagaan warga emas masih kurang diterokai. Kajian ini meneliti pelaksanaan kerangka AMO (Ability, Motivation, and Opportunity) dalam amalan latihan dan pembangunan bagi pengekalan pekerja dalam perkhidmatan penjagaan warga emas di Malaysia. Pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian kes berbilang dan pendekatan diadik melibatkan pengurus dan pekerja daripada empat organisasi penjagaan warga emas telah digunakan. Temu bual mendalam separa berstruktur dijalankan dan analisis tematik digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan kajian mengesahkan bahawa keempat-empat organisasi mengaplikasikan ketiga-tiga dimensi AMO dalam amalan pengurusan sumber manusia mereka. Kajian ini mendapati bahawa dimensi Motivasi merupakan dimensi yang paling dominon merentas keempat-empat organisasi. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti kewujudan satu sub dimensi baharu, iaitu motivasi prososial, yang memperluas skop dimensi Motivasi dalam kerangka AMO sedia ada. Hasil kajian mendapati kesalinghubungan amalan berdasarkan tiga dimensi AMO adalah penting dalam menyokong prestasi kerja dan pengekalan pekerja. Latihan dan pembangunan bukan sahaja berfungsi sebagai amalan ‘ability-enhancing’, malah turut memperkukuh motivasi dan peluang pekerja. Dapatan kajian menyumbang kepada pemahaman tentang hubungan antara kerangka AMO, prestasi kerja dan pengekalan pekerja dalam konteks penjagaan warga emas.
Keywords
Citation
Article received:
Accepted for publication:
Available online:

