Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Abstract
Kegagalan dalam perniagaan bukanlah satu pengakhiran kepada perjalanan keusahawanan tetapi ia berpotensi menjadi pemangkin kepada pembinaan sumber psikologi yang lebih kukuh. Belajar daripada kesilapan, menyesuaikan strategi dan menggunakan kegagalan sebagai pengalaman pembelajaran boleh membantu usahawan menjadi lebih mahir dan berpengetahuan dalam usaha membina perniagaan yang berjaya. Kajian ini bertujuan menguji hubungan antara motivasi usahawan dan prestasi perusahaan mikro melalui dua mekanisme pengantara selari, iaitu daya tahan dan efikasi kendiri usahawan mikro. Berasaskan Teori Penentuan Kendiri (SDT), Teori Pemuliharaan Sumber (COR) dan Teori Kognitif Sosial (SCT), kajian ini mencadangkan bahawa motivasi bertindak sebagai sumber utama yang dibina melalui sumber psikologi, yang seterusnya meningkatkan prestasi perusahaan mikro pasca-kegagalan. Reka bentuk kajian ini adalah keratan-rentas menggunakan kaedah kuantitatif dan teknik pensampelan bertujuan.. Seramai 158 usahawan mikro yang pernah gagal dalam perniagaan dan telah bangkit semula terlibat dalam kajian ini. Analisis kajian pula menggunakan PLS-SEM melalui perisian SmartPLS (4.0). Dapatan menunjukkan bahawa motivasi mempunyai kesan langsung terhadap prestasi perusahaan mikro serta kesan tidak langsung melalui daya tahan dan efikasi kendiri secara selari. Kajian ini memperluas integrasi teori psikologi dalam keusahawanan dan memberikan implikasi praktikal dalam memastikan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 tercapai.
Keywords
Citation
Article received:
Accepted for publication:
Available online:

