Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Abstract
Hujah berkaitan Teori Too Big To Fail (TBTF) atau Terlau Besar untuk Gagal yang dapat meningkatkan prestasi sesebuah bank bersaiz besar telah banyak dikaji oleh penyelidik. Namun, hasil kajian empirikal didapati tidak konklusif kerana hubungan ini bergantung kepada tahap pembangunan ekonomi dan keunikan negara masing-masing. Malaysia yang melaksanakan Sistem Perbankan Dual dalam konteks negara membangun dengan model kewangan berasaskan bank dilihat tidak sesuai mengguna pakai dapatan kajian dari negara maju memandangkan mereka cenderung untuk menggunakan model kewangan berasaskan pasaran. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis hubungan antara saiz dengan prestasi bank perdagangan di Malaysia bagi tempoh 2011-2020 dengan mengambil kira lanskap Sistem Perbankan Dual, iaitu perbankan Islam dan perbankan konvensional. Prestasi bank dinilai menggunakan pengukuran Tobin’s Q, ROE dan Z-score. Berdasarkan anggaran Kaedah Am Momen (GMM), penemuan kajian menunjukkan bahawa saiz bank memberikan kesan positif terhadap ROE dan Tobin’s Q, namun tidak memberikan impak yang signifikan terhadap aspek kestabilan sesebuah bank. Menyokong teori TBTF, dapatan kajian ini diperkukuh dengan penemuan yang menunjukkan bahawa bank bersaiz besar mempunyai ROE dan Tobin’s Q yang lebih tinggi berbanding dengan bank bersaiz kecil. Kajian juga mendapati bahawa prestasi ROE dan Tobin’s Q perbankan Islam lebih rendah berbanding dengan perbankan konvensional tanpa perbezaan yang signifikan terhadap aspek kestabilan bank. Diharapkan penemuan ini membantu memberikan pencerahan kepada pembuat dasar, institusi perbankan dan para pelabur ketika membuat keputusan dan strategi dengan lebih berinformasi.
Keywords
Citation
@article{rahman2025adakah,
title={Adakah Bank Besar Berprestasi Tinggi? Tinjauan dari Malaysia},
author={Abdul Rahman, Aisyah and Mohd Amin, Syajarul Imna and Bangaan Abdullah, Mohd Hafizuddin Syah},
journal={Jurnal Pengurusan},
number={},
pages={—},
doi={Jurnal Pengurusan 73 (2025) https://doi.org/10.17576/pengurusan-2025-73-9},
publisher={Penerbit UKM},
}
Article received:
Accepted for publication:
Available online:
Share via:
Similar Articles
- An Empirical Study of Auditors Switching, Corporate Governance and Financial Performances of Malaysian Public Listed Companies (PLCs)
- Peranan MUI dan Metodologi Istinbat Fatwa dalam Undang-Undang Perbankan Syariah di Indonesia
Receive updates when new articles are published

