Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
MALAYSIA.
Abstract
Perubahan organisasi berlaku apabila sesebuah organisasi membuat transisi daripada keadaan sedia ada kepada beberapa keadaan yang diinginkan pada masa hadapan. Pertukaran kepimpinan tertinggi agensi yang kerap juga boleh menjadi pencetus kepada perubahan tersebut. Penentangan terhadap perubahan sering berlaku kerana perubahan boleh mengganggu rutin perlaksanaan kerja dan kedudukan pekerja dalam organisasi. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pengurusan perubahan organisasi dengan mengkaji kesan hubungan di antara kepercayaan kepada organisasi, komunikasi perubahan, kesediaan menerima perubahan dan komitmen afektif pekerja. Di samping itu, kesediaan menerima perubahan juga diuji sebagai pengantara di antara kepercayaan kepada organisasi dan komitmen afektif pekerja serta di antara komunikasi perubahan dan komitmen afektif pekerja. Data yang diperoleh daripada maklum balas 214 responden melalui soal selidik dianalisis menggunakan perisian PLS-SEM. Hasil kajian menunjukkan hubungan kepercayaan kepada organisasi terhadap kesediaan menerima perubahan dan komitmen afektif pekerja, serta hubungan komunikasi perubahan terhadap kesediaan menerima perubahan dan komitmen afektif pekerja adalah positif serta signifikan. Seterusnya, kajian menunjukkan hubungan signifikan di antara kesediaan menerima perubahan terhadap komitmen afektif pekerja. Kajian ini juga secara empirikal menyokong kesan pengantara kesediaan menerima perubahan terhadap hubungan di antara (i) kepercayaan kepada organisasi dan (ii) komunikasi perubahan dengan komitmen afektif pekerja. Penemuan kajian ini memberikan impak positif kepada perancangan perubahan organisasi, yang akhirnya membantu dalam memastikan pelaksanaan program perubahan organisasi yang lebih berkesan di agensi di bawah Kementerian di Malaysia.
Keywords
Citation
@article{hamid2025hubungan,
title={Hubungan Antara Kepercayaan Organisasi, Komunikasi Perubahan dan Kesediaan Pekerja Menerima Perubahan Organisasi Dengan Komitmen Afektif Untuk Berubah},
author={Abdul Hamid, Roshayati},
journal={Jurnal Pengurusan},
number={},
pages={—},
doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2025-73-4},
publisher={Penerbit UKM},
}
Article received:
Accepted for publication:
Available online:
Share via:
Receive updates when new articles are published

