Jabatan Perkhidmatan Awam
Blok C1-C3, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya, MALAYSIA
Faculty of Economics and Management
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kedua-dua hubungan langsung dan tidak langsung antara gaya kepimpinan kendiri dengan tingkah laku kerja inovatif menerusi peranan efikasi kendiri, keterlibatan kerja dan komitmen afektif sebagai pengantara bagi hubungan tersebut. Kajian dilakukan menggunakan soal selidik dalam talian terhadap sampel yang terdiri daripada 233 orang penjawat awam daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat di jabatan dan agensi kerajaan di Malaysia. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan analisis regresi berhierarki. Konsisten dengan Teori Kepimpinan Kendiri dan Teori Kognitif Sosial, hasil kajian menunjukkan mengenai peranan kepimpinan kendiri yang signifikan dalam meramal tingkah laku kerja inovatif serta peranan efikasi kendiri dan keterlibatan kerja sebagai mekanisme pengantaraan. Walau bagaimanapun, komitmen afektif tidak signifikan sebagai pengantara. Secara teorinya, kajian ini memanjangkan pengetahuan mengenai gaya kepimpinan kendiri yang didapati berkesan untuk meningkatkan tingkah laku inovatif dalam kalangan pekerja sama ada secara langsung atau menerusi peningkatan efikasi kendiri dan keterlibatan kerja pekerja. Kajian ini mencadangkan organisasi untuk menerapkan aspek kepimpinan kendiri dalam modul program latihan berkaitan pembangunan kepimpinan pekerja.
Keywords
Citation
@article{azhar2025hubungan,
title={Hubungan Kepimpinan Kendiri dengan Tingkah Laku Kerja Inovatif: Peranan Efikasi Kendiri, Keterlibatan Kerja dan Komitmen Afektif Sebagai Pengantara},
author={M Azhar’, Mai Nurulhuda and Arshad, Rasidah},
journal={Jurnal Pengurusan},
number={},
pages={—},
doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2025-75-2},
publisher={Penerbit UKM},
}
Article received:
Accepted for publication:
Available online:
Share via:
Similar Articles
Receive updates when new articles are published

