UKM-Graduate School of Business
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA.
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menilai peranan stres pekerjaan dalam mempengaruhi niat untuk berhenti. Secara khususnya, kajian ini menghipotesiskan wujudnya hubungan langsung antara stres pekerjaan dan niat untuk berhenti serta hubungan tidak langsung menerusi pemboleh ubah penyederhana iaitu kekuatan karakter. Data kajian ini dikumpul daripada 234 anggota bomba di Malaysia menggunakan soal selidik. Seterusnya, hipotesis kajian diuji menerusi kaedah analisis inferensi menggunakan Partial Least Square-Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya hubungan langsung yang signifikan antara stres pekerjaan dan niat untuk berhenti. Manakala kekuatan karakter memainkan peranan signifikan sebagai penyederhana dalam hubungan antara stres pekerjaan dan niat untuk berhenti. Selaras dengan Teori Pengurusan Pencegahan Stres, dapatan kajian ini menyumbang kepada literatur dengan membuktikan kepentingan kekuatan karakter sebagai mekanisme pencegahan dalam mengurangkan kesan stres pekerjaan terhadap niat untuk berhenti. Secara praktikalnya, kajian ini menyarankan kepada organisasi untuk memperkasakan strategi bagi membentuk kekuatan karakter dalam kalangan pekerja untuk tujuan pengekalan bakat yang seterusnya berupaya mengurangkan kos pemberhentian dalam organisasi.
Keywords
Citation
@article{mohamedmakhbul2025kekuatan,
title={Kekuatan Karakter: Penyederhana Hubungan di antara Tekanan Pekerjaan dan Niat untuk Berhenti},
author={Mohamed Makhbul, Zafir Khan and Mohamad, Mohd Sharif and Ibrahim, Nor Hafizah},
journal={Jurnal Pengurusan},
number={},
pages={—},
doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2025-75-11},
publisher={Penerbit UKM},
}
Article received:
Accepted for publication:
Available online:
Share via:
Receive updates when new articles are published

