Kayuhan Watan 2023

Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-53 UKM

Selamat Datang ke Acara

Kayuhan Watan 2023

UKM berkerjasama dengan Majlis Sukan negara akan mengadakan dua acara sukan berbasikal jalan raya iaitu Kayuhan Jelajah Watan dan Kayuhan Ceria Watan sempena sambutan ulang tahun ke-53 UKM dan

Hari Sukan Negara

0:00
0:00
Mengumpul dana bagi menampung kos pembinaan prasarana di UKM dan Tabung Kebajikan Alumni UKM
Meningkatkan citra dan visibiliti UKM melalui kolaborasi strategik dengan kementerian berkaitan
Memupuk rasa cinta dan mengeratkan silaturrahmi antara alumni, warga UKM dengan komuniti
Membuka peluang kepada para penaja tempatan untuk meningkatkan pasaran mereka yang dapat merancakkan budaya sukarelawan dan pengurusan kerja amal di kalangan pelajar dengan komuniti
Meningkatkan lagi semangat kesukanan dan persediaan bagi warga dan pelajar UKM khususnya dalam acara tahunan universiti seperti SUKUM, SUKIPT dan VCC (Varsity Cycling Challenge)

Anjuran

Tajaan Bersama

Jemputan Eksklusif Dari Pelumba Basikal profesional Negara,

Anuar Manan

0:00
0:00

Album Kayuhan Watan 2022

Kayuhan Ceria Watan 2023

Acara ini akan diadakan pada 21 Oktober 2023, merangkumi kayuhan sejauh 53 KM yang akan bermula dari UKM ke Putrajaya dan berakhir di UKM semula. Dengan hanya yuran penyertaan sebanyak RM 50, Setiap peserta akan diberikan dry t-Shirt, medal dan e-sijil.

Kayuhan akan bermula….

00
days
00
hours
00
minutes
00
seconds

T-Shirt dan Medal

Kayuhan Ceria Watan

Laluan Kayuhan Ceria Watan

Kayuhan sejauh 53 km ini akan bermula di UKM pada jam 7.30 pagi dan akan melalui tiga stesen yang berbeza pada setiap 15 km sebelum kembali ke UKM semula.

Kayuhan Jelajah Watan 2023


Acara ini akan diadakan pada 14 Oktober 2023, merangkumi kayuhan sejauh 360 KM yang akan bermula dari Putrajaya ke Parit Sulong dan berakhir di kota Tinggi semula. Dengan hanya yuran penyertaan sebanyak RM 300, Setiap peserta akan diberikan insuran perlindungan, jersi dan t-shirt, makanan dan minuman, penginapan, medal dan e-sijil. Setiap peserta diminta untuk mendaftarkan tahap kecergasan dan kesihatan melalui butang yang disediakan


Kayuhan akan bermula….

00
days
00
hours
00
minutes
00
seconds

Jersey dan DryT-shirt

Kayuhan jelajah Watan

Laluan Kayuhan jelajah Watan :

Hari PErtama


Kayuhan jelajah watan pada hari pertama sejauh 233 KM akan bermula di Putrajaya pada pukul 5.00 pagi dan dijangka akan berakhir di Batu Pahat, Johor sekitar pukul 5.30 petang. Peserta akan berhenti pada setiap kilometer ke-40, 60, 100, 150 and 180 untuk berehat sebelum meneruskan kayuhan seterusnya.

Laluan Kayuhan jelajah Watan :

Hari kedua


Kayuhan jelajah watan pada hari kedua sejauh 155 KM akan bermula dihadapan pejabat UKMSHAPE pada pukul 6.30 pagi dan dijangka akan berakhir di Kota Tinggi, Johor sekitar pukul 5.00 petang. Peserta akan berhenti pada setiap kilometer ke-40, 80, dan 120 untuk berehat sebelum meneruskan kayuhan seterusnya.

Pakej Penajaan

Pihak UKM ingin mempelawa mana-mana pihak swasta, syarikat berkaitan kejaraan (GLC), pertubuhan atau orang perseorangan yang ingin menyalurkan sumbangan bagi tujuan menjayakan acara Kayuhan Watan 2023

Untuk penajaan dan maklumat lanjut sila tekan butang dibawah

Ahli Kehormat

Untuk maklumat lanjut sila emel kami di:

kayuwahanwatan@ukm.edu.my