Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Kejuruteraan Dalam Kejuruteraan Mekanikal

Program Kerja Kursus

Sepenuh Masa : 1 - 2 years
Separuh Masa : 2 - 4 years
40 Jam Kredit

Mengenai
Kursus

Modul
Kursus

Syarat
Kemasukan

Yuran

Mengenai Kursus

Program Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan sebagai program kerja kursus. Program ini merangkumi kursus teras disiplin kejuruteraan mekanikal iaitu termobendalir, mekanik gunaan, bahan termaju dan proses. Dalam kursus ini, pelajar didedahkan kepada trend dan isu semasa dalam bidang pengajian. Pelajar juga didedahkan dengan pengurusan penyelidikan dan aspek keusahawanan.

Modul Kursus

Kursus Teras

  • Kaedah Penyelidikan untuk Sains dan Teknologi
  • Kaedah Komputeran Kejuruteraan
  • Instrumentasi Termaju
  • Teknologi Metalurgi dan Reka bentuk Aloi Lanjutan
  • Rekabentuk Kejuruteraan Mekanikal
  • Sistem Tenaga Terma
  • Projek

Kursus Elektif

  • Kejuruteraan Forensik
  • Proses Pembuatan Lestari
  • Teknologi Bahan
  • Keutuhan Permukaan
  • Aliran Berkelajuan Tinggi
  • Aplikasi Termo Bendalir dalam Kenderaan
  • Interaksi Bendalir-Struktur
  • Mesin Turbo
  • Dinamik Sistem Pelbagai Jasad dan Getaran
  • Mekanik Pepejal Lanjutan
  • Teknologi Pemantauan Sistem Mekanikal
  • Analisis Isyarat Mekanikal
  • Mekatronik dan Sistem Fizikal Siber
  • Matematik Gunaan Lanjutan
  • Internet Pelbagai Benda dan Aplikasi Industri
  • Kecerdasan Buatan dan Analitik Data
  • Pengkomputeran Awan

Wajib untuk Calon Antarabangsa

Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa;  atau Bahasa Melayu untuk Pelajar Nusantara

Syarat Kemasukan

  • PNGK 2.50 dan ke atas dengan Sarjana Muda Kejuruteraan dengan kepujian / Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan/ setaraf

  • PNGK 2.00 – 2.49 dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan atau dalam bidang berkaitan atau setara boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat

  • PNGK 3.00 dengan Sarjana Muda Sains dengan kepujian (selain kejuruteraan) atau Sarjana Muda Teknologi (selain kejuruteraan) / setaraf

  • PNGK 2.99 dan ke bawah dengan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (selain kejuruteraan) atau Sarjana Muda Teknologi (selain kejuruteraan)/ daripada mana-mana universiti yang diiktiraf (GPA kurang daripada 3.00) boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat.

Keperluan Bahasa Inggeris

  • Skor minimum IELTS 5.5 atau setara untuk mana-mana peperiksaan yang telah diselaraskan dengan Rangka Kerja Rujukan Eropah (CEFR) seperti yang diluluskan oleh Senat.

  • Surat pengesahan kelayakan akademik yang diperoleh menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang dikeluarkan oleh Universiti.

  • Pelajar antarabangsa yang berasal dari negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi (rujuk The International Academic Grade Guide 2nd Edition).

  • Bakal pelajar juga mempunyai pilihan untuk mengambil peperiksaan HEET Higher Education English Test (HEET) sebagai ujian kecekapan bahasa Bahasa Inggeris Utama sejajar dengan The Common European Framework of Reference (CEFR) bagi memenuhi syarat kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yuran

Ketahui lebih lanjut mengenai yuran di sini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

EN. MOHD AKMAL HARITH BIN MOHAMMAD HANAFIAH

Eksekutif Pemasaran / Marketing Executive
marketingshape@ukm.edu.my


Prof. Ir. Dr. ROZLI BIN ZULKIFLI

Penyelaras Program / Programme Coordinator
rozlizulkifli@ukm.edu.my