Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Kejuruteraan Dalam Kejuruteraan Sekitaran

Program Kerja Kursus

Sepenuh Masa : 1 - 2 tahun
Separuh Masa : 2 - 4 tahun
40 Jam Kredit

Mengenai
Kursus

Modul
Kursus

Syarat
Kemasukan

Yuran

Mengenai Kursus

Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Alam Sekitar ditawarkan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM. Program ini menyediakan latar belakang bersepadu dalam sains alam sekitar yang merangkumi impak dan pengurusan ekosistem dan alam sekitar, pengurusan dan rawatan sisa cecair dan pepejal, kejuruteraan air sisa dan reka bentuk peralatan pencemaran udara. Program ini merupakan program pelbagai disiplin yang mengintegrasikan tiga program kejuruteraan iaitu kejuruteraan kimia, kejuruteraan awam dan kejuruteraan mekanikal. Beberapa kursus yang ditawarkan ialah Pengurusan Alam Sekitar: Ekologi, Audit dan Kesan, Pengurusan Sisa Industri, Kimia dan Kawalan Pencemaran Udara, Rawatan Air Sisa dan Pengurusan Air Pepejal Perbandaran.

Modul Kursus

Kursus Teras

  • Kaedah Penyelidikan dan Inovasi
  • Pengurusan Alam Sekitar: Ekologi, Audit dan Taksiran Kesan
  • Proses Rawatan Air Sisa Lanjutan
  • Pengurusan Sisa Industri
  • Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran
  • Kimia Pencemaran Udara dan Alat Kawalan
  • Projek

Kursus Elektif

  • Analisis Risiko Sekitaran
  • Teknologi Karbon Rendah
  • Kecerdasan Buatan dan Analitik Data
  • Eko-Komuniti Simbiosis
  • Pemodelan Air Bandaran
  • Penukaran Biojisim dan Biorefineri
  • Pemulihan Tenaga dari Bahan Bakar Sisa dan Biojisim
  • Amalan Kesihatan Industri dalam Industri Kimia

Wajib untuk Calon Antarabangsa

Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa;  atau Bahasa Melayu untuk Pelajar Nusantara

Syarat Kemasukan

  • PNGK 2.50 dan ke atas dengan Sarjana Muda Kejuruteraan dengan kepujian / Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan/ setaraf.

  • PNGK 2.00 – 2.49 dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan atau dalam bidang berkaitan atau setara boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat.

  • PNGK 3.00 dengan Sarjana Muda Sains dengan kepujian (selain kejuruteraan) atau Sarjana Muda Teknologi (selain kejuruteraan) / setaraf.

  • PNGK 2.99 dan ke bawah dengan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (selain kejuruteraan) atau Sarjana Muda Teknologi (selain kejuruteraan)/ daripada mana-mana universiti yang diiktiraf (GPA kurang daripada 3.00) boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat.

Keperluan Bahasa Inggeris

  • Skor minimum IELTS 5.5 atau setara untuk mana-mana peperiksaan yang telah diselaraskan dengan Rangka Kerja Rujukan Eropah (CEFR) seperti yang diluluskan oleh Senat.

  • Surat pengesahan kelayakan akademik yang diperoleh menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang dikeluarkan oleh Universiti.

  • Pelajar antarabangsa yang berasal dari negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi (rujuk The International Academic Grade Guide 2nd Edition).

  • Bakal pelajar juga mempunyai pilihan untuk mengambil peperiksaan HEET Higher Education English Test (HEET) sebagai ujian kecekapan bahasa Bahasa Inggeris Utama sejajar dengan The Common European Framework of Reference (CEFR) bagi memenuhi syarat kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yuran

Ketahui lebih lanjut mengenai yuran di sini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

EN. MOHD AKMAL HARITH BIN MOHAMMAD HANAFIAH

Eksekutif Pemasaran / Marketing Executive
marketingshape@ukm.edu.my


Dr. ANG WEI LUN

Penyelaras Program / Programme Coordinator
wl_ang@ukm.edu.my