Sarjana Muda Kejuruteraan Awam


Jabatan Kejuruteraan Awam menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian. Program kami diiktiraf di peringkat antarabangsa dan berkedudukan 200 teratas dalam QS World University Ranking. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan Jurutera di dalam bidang Kejuruteraan. Awam yang dinamik, kreatif dan berakhlak serta dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja antarabangsa dan global. Bagaimanakah bangunan pencakar langit Merdeka 118 dan Menara Berkembar KLCC dibina? Bagaimanakah sistem pengangkutan MRT dan LRT direkabentuk? Bagaimanakah kita memperoleh bekalan air bersih untuk kegunaan seharian?

 

Persoalan-persoalan ini menggambarkan bagaimana bidang Kejuruteraan Awam sangat penting dan memberi kesan kepada kehidupan harian manusia. Jurutera Awam terlibat dalam pembinaan infrastruktur yang diperlukan untuk menjamin keselesaan serta keselamatan kehidupan manusia. Ianya termasuklah pembinaan rumah, bangunan, jalan/lebuh raya, empangan, lapangan terbang, pelabuhan, sistem bekalan air, sistem rawatan sisa, sistem tabatan banjir dan sebagainya.rawatan sisa, sistem tabatan banjir dan sebagainya.

Syarat kemasukan
Tempoh Program

4 Tahun

(8 Semester)

Yuran Program
Struktur Kurikulum