Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik


Program ini dimulai dengan teori asas dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Pada peringkat awal, para pelajar akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas sebagai seorang jurutera melalui subjek-subjek teras seperti teori litar, elektronik analog dan digital, pengaturcaraan serta rekabentuk berkomputer. Subjek berkaitan matematik, fizik, kemahiran insaniah dan keusahawanan juga akan diterapkan bagi melahirkan pelajar yang beraspirasi kebangsaan, kompeten, berdaya saing dan inovatif.

 

Para pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu yang diperoleh melalui kerja makmal, projek individu dan berkumpulan serta pembelajaran berasaskan masalah. Seterusnya, para pelajar akan mempelajari subjek-subjek yang menekankan kepada pengkhususan bidang seperti gelombang elektromagnet, mesin kuasa, teori kawalan, tenaga dan elektronik kuasa. Subjek-subjek ini merupakan kunci utama bagi membolehkan para pelajar

mengaplikasikan ilmu kepada masalah dunia sebenar

Syarat kemasukan
Tempoh Program

4 Tahun

(8 Semester)

Yuran Program
Struktur Kurikulum