Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia


Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, berkesan dan interaktif dengan nisbah pensyarah kepada pelajar yang kecil (1:10) merupakan antara tarikan pelajar ke program ini. Keterlibatan pihak industri seperti PETRONAS, Enquest, Sime Darby, Biocon, Pharmaniaga dan Penta Group secara langsung dalam pembangunan kurikulum menjadikan program ini berdaya saing dan pelajar lepasan program ini sentiasa menjadi pilihan utama majikan daripada pelbagai sektor industri. Program ini dilengkapi dengan aktiviti kokurikulum yang interaktif kepada pelajar seperti lawatan industri dan ceramah industri. Kini, alumni program ini sedang berkhidmat di pelbagai organisasi dalam dan luar negara seperti Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapura, UAE, Rusia, dan Jerman.

Syarat kemasukan
Tempoh Program

4 Tahun

(8 Semester)

Yuran Program
Struktur Kurikulum