Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Sains Pendidikan Kejuruteraan

Program Mod Campuran

Sepenuh Masa : 1.5 - 3 tahun
Separuh Masa : 2 - 4 tahun
45 Jam Kredit

Mengenai
Kursus

Modul
Kursus

Syarat
Kemasukan

Yuran

Mengenai Kursus

Sarjana Sains dalam Pendidikan Kejuruteraan (MSc Pendidikan Kejuruteraan) ialah program akademik lanjutan yang direka untuk individu yang ingin meneruskan kerjaya dalam pendidikan kejuruteraan atau meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran dan pembangunan kurikulum dalam bidang kejuruteraan. Program ini merupakan program unik untuk individu yang ingin menggabungkan kepakaran mereka dalam bidang kejuruteraan dengan minat untuk pengajaran dan pendidikan.

Modul Kursus

Kursus Teras

  • Kaedah Penyelidikan untuk Sains Sosial
  • Analisis Data Kajian dalam Pendidikan Kejuruteraan
  • Didaktik Kejuruteraan
  • Penilaian Kompetensi
  • Pemikiran Kritis dan Inovatif
  • Projek

Kursus Elektif

  • Pendidikan STEM Gunaaan dan Bersepadu
  • Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif dalam Kejuruteraan
  • Risiko dan Kebingkasan dalam Organisasi
  • Pembelajaran Imersif
  • Amalan Pemikiran Sistem
  • Teknologi Karbon Rendah
  • Asas Internet Pelbagai Benda & Aplikasi
  • Kecerdasan Buatan
  • Pengkomputeran Awan
  • Sistem Pembuatan Termaju

Wajib untuk Calon Antarabangsa

Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa;  atau Bahasa Melayu untuk Pelajar Nusantara

Syarat Kemasukan

  • PNGK 2.50 dan ke atas dengan Sarjana Muda Kejuruteraan dengan kepujian / Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan/ setaraf

  • PNGK 2.00 – 2.49 dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan atau dalam bidang berkaitan atau setara boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat

  • PNGK 3.00 dengan Sarjana Muda Sains dengan kepujian (selain kejuruteraan) atau Sarjana Muda Teknologi (selain kejuruteraan) / setaraf

  • PNGK 2.99 dan ke bawah dengan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (selain kejuruteraan) atau Sarjana Muda Teknologi (selain kejuruteraan)/ daripada mana-mana universiti yang diiktiraf (GPA kurang daripada 3.00) boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat.

Keperluan Bahasa Inggeris

  • Skor minimum IELTS 5.5 atau setara untuk mana-mana peperiksaan yang telah diselaraskan dengan Rangka Kerja Rujukan Eropah (CEFR) seperti yang diluluskan oleh Senat.

  • Surat pengesahan kelayakan akademik yang diperoleh menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang dikeluarkan oleh Universiti.

  • Pelajar antarabangsa yang berasal dari negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi (rujuk The International Academic Grade Guide 2nd Edition).

  • Bakal pelajar juga mempunyai pilihan untuk mengambil peperiksaan HEET Higher Education English Test (HEET) sebagai ujian kecekapan bahasa Bahasa Inggeris Utama sejajar dengan The Common European Framework of Reference (CEFR) bagi memenuhi syarat kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yuran

Ketahui lebih lanjut mengenai yuran di sini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

EN. MOHD AKMAL HARITH BIN MOHAMMAD HANAFIAH

Eksekutif Pemasaran / Marketing Executive
marketingshape@ukm.edu.my


Dr. MOHD HANIFF BIN OSMAN

Penyelaras Program / Programme Coordinator
haniff68@ukm.edu.my