Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

 

Dekan

Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab. Rahman

Tel: +603-8911 8001 | Fax: +603-8925 2546 | Emel: engdean@ukm.edu.my

Kenali Dekan FKAB

Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Bin Ab. Rahman memimpin 2 kumpulan penyelidikan di Fakulti kejuruteraan dan Alam Bina iaitu Kumpulan Penyelidikan Teknologi Spektrum (SPECTECH) dan Kumpulan Penyelidikan Perancangan dan Strategi Pemantapan Penyelidikan (RASP). Penyelidikan teknikal beliau adalah dalam bidang komunikasi laser. Fokus Penyelidikan di makmal ini adalah lebih kepada sistem keselamatan dan pembaikpulihan rangkaian komunikasi optik. Beliau juga menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan dan pemantapan penyelidikan yang mendapat tajaan (Top-Down) daripada Bahagian Strategi dan Kecemerlangan IPT, Kementerian pengajian Tinggi (KPT) Malaysia. Kini beliau dalam membimbing 35 orang pelajar dan telah berjaya menghasilkan 16 graduan Doktor Falsafah dan 16 graduan Sarjana Sains sebagai Penyelia Utama. Selama 18 tahun di UKM beliau telah menghasilkan lebih dari 300 buah artikel jurnal dan lebih dari 196 buah prosiding. Sebanyak 3 artikel beliau telah dianugerahkan sebagai kertas kerja terbaik dipersidangan antarabangsa. Telah menghasilkan 12 Bab dalam Buku dan juga menerbitkan 30 buah buku. Beliau juga aktif dalam pertandingan rekacipta dan telah memperolehi 29 anugerah diperingkat dalam dan luar Negara. Pada masa yang sama beliau juga dalam memfailkan 12 prototip penyelidikannya dan 7 daripadanya (paten) telah berjaya didaftarkan di Malaysia dan luar negara. Beliau telah mengetuai lebih dari 10 Projek Penyelidikan dan nilai kumulatif geran beliau mencecah 12 Juta termasuk sebagai penyelidik bersama. Beliau juga sering terlibat sebagai ahli jawatankuasa persidangan dalam dan luar negara dan beberapa kali dijemput sebagai Pengucap Tama di persidangan dalam dan luar negara selain meneraju beberapa seminar diperingkat antarabangsa sebagai Pengerusi Persidangan. Beliau adalah Profesor Pelawat untuk Universiti Taylor Malaysia, Penasihat Akademik untuk Universiti Teknologi Brunei dan juga Ahli Lembaga Penasihat Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka.


Beliau juga terlibat sebagai ahli jawatankuasa semakan dan pembangunan polisi sains, teknologi dan inovasi negara (2013-2020)(2020-2030) dibawah Akademi Sains Malaysia. Di samping itu, beliau juga mengetuai jawatankuasa pembangunan Dasar Anak Muda (Belia) Negeri Kelantan. Melalui keterlibatan ini beliau telah berjaya menghasilkan tiga kertas polisi/dasar untuk Malaysia dan juga Negeri Kelantan. Disebabkan pencapaian yang holistik dan sumbangan beliau kepada masyarakat, beliau telah terpilih sebagai Top Research Scientist Malaysia (TRSM) pada tahun 2021.


Beliau juga aktif menyumbangkan keringat dalam mempromosikan sains dan teknologi kepada pelajar sekolah khususnya di kawasan pendalaman disamping membasmi gejala penularan pil kuda dikalangan remaja melalui program ‘Profesor ke Desa’. Sebanyak 21 misi telah berjaya diselesaikan setakat ini termasuklah FKAB4Orphans, Rahsia Alam@Taman Aulia dan UKM4Kindergarten. Berita tentang program-program ini sering terpapar di dada akhbar seperti NST, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan Sinar Harian. Beliau juga aktif menjalankan khidmat masyarikat seperti mengetahui Misi Bantuan Banjir Negeri Kelantan FKAB, Misi Bantuan Rumah Orang Tua FKAB dan Misi Bantuan Kasih UKM. Beliau telah dinobatkan sebagai tokoh belia negeri Kelantan pada tahun 2011 dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Belia Unit Belia, Sukan dan NGO (UBeS) Negeri Kelantan.


Selama tempoh perkhidmatannya di UKM, beliau telah dilantik sebagai penasihat dan penilai geran Industrial Grant Scheme (IGS), Sciencefund dan telibat dalam memberi khidmat nasihat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam penilaian penggunaan Long Range Acoustic Device (LRAD) sebelum ianya dibawa masuk ke Malaysia. Beliau juga aktif dalam memberi ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar universiti disamping sebagai penceramah Kementerian Pengajian Tinggi untuk membimbing pensyarah-pensyarah baru dalam menjalankan penyelidikan. Beliau telah dihantar ke beberapa IPTA di Malaysia untuk membimbing pensyarah-pensyarah yang baru pulang dari cuti belajar dalam memulakan empayar penyelidikan baru dan seterusnya mencapai hasil yang maksimum. Mempunyai kolaborasi yang strategik dengan beberapa syarikat/NGO seperti Khalifah Foundation, Elvira System Sdn Bhd, BI Consultant, USA Passion, Dechatyum dan Symmic (M) Corporation.


Beliau juga telah dilantik oleh Engineering Accreditation Council (EAC) sebagai panel penilai akreditasi program sejak tahun 2012 dan telah menilai lebih dari 40 program-program kejuruteraan di universiti awam dan swasta sebagai ketua delegasi dan juga ketua program. Beliau juga merupakan panel penilai luar serta penasihat program kejuruteraan untuk 7 universiti awam dan swasta seperti; Universiti Nilai, Universiti Manipal, UiTM Shah Alam, UiTM Pulau Pinang, UTeM, UTM, UTM Space dan UniKL-MIAT. Beliau juga dilantik sebagai Lembaga Penasihat Akademik UTeM sejak tahun 2013. Beliau juga merupakan pakar yang dihantar oleh EAC ke KUIN bagi menyelesaikan isu permasalahan pemindahan pelajar dari KUIN ke UNIMAP.


Beliau juga telah dilantik oleh Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Penilai Pusat Kecemerlangan Tinggi (HICOE) dan Konsortium. Beliau juga sering dijemput untuk memberi Ucap Tama dan Ucapan Pleno di seminar antarabangsa dan kebangsaan seperti 2019 International Conference on Information Science, Computer Technology and Transportation (ISCTT 2019) di Harbin China, 2nd World Conference on Applied Science, Engineering and Technology (WCASET) di Bangkok Thailand, 5th International Seminar on Computer Technology, Mechanical and Electrical Engineering (ISCME) di Shenyang China, 2021 Power and Energy Engineering (PEE) di Barcelona, Sepanyol, 2nd International Conference and Climate Change (ICCC) Kuala Lumpur Malaysia, Regional Student Conference on Research and Development (SCORED 2014) di Pulang Pinang Malaysia, International Conference of Electrical, Electronic and System Engineering (ICEEOE 2018) Malaysia Seremban Malaysia. The 2nd International Conference of Management, Business & Social Sciences Impact (ICMBSSI 2019). Seremban Malaysia, International Conference on Civil Engineering, Mechanical Engineering and Robotic Application (ICCEMERA 2018) Seremban, Malaysia.


Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Persidangan di beberapa persidangan antarabangsa seperti 5th International Seminar on Computer Technology, Mechanical and Electrical Engineering (ISCME) di Shenyang China dan 2nd International Conference and Climate Change (ICCC) Kuala Lumpur Malaysia.


Beliau telah memegang jawatan pentadbiran bermula pada tahun 2007 sehingga kini sebagai penyelaras program sarjamamuda kejuruteraan mikroelektronik, penyelaras EAC, Ketua Kualiti, timbalan Dekan Prasiswazah, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni dan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Di bawah pentadbiran beliau, 3 program mendapat akreditasi penuh EAC pada tahun 2012 dan 5 program mendapat akreditasi penuh pada tahun 2017 dan 2018. Pengalaman beliau sebagai panel akreditasi banyak membantunya dalam mengemudikan portfolio prasiswazah. Beliau juga telah menerima 9 anugerah yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, belia juga telah menang beberapa hadiah di peringkat universiti seperti Anugerah Pengajar Cemerlang, Anugerah Penyelidik Muda, Anugerah Penerbitan, Anugerah Inovasi Penyelidikan dan lain-lain.


Semasa memegang jawatan Timbalan Dekan dan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, beliau telah memperkenalkan banyak inovasi baru dalam pentadbiran seperti Anugerah Alumni ASM, Anugerah BEM, Anugerah Alumni Cemerlang, Buku Mewah Alumni, Portfolio Akademik Pelajar, Jaket Eksekutif FKAB, Sijil Profesional FKAB, Bulan Poster FKAB dan banyak lagi. Beliau juga terlibat dalam inisiatif meningkatkan bilangan jurutera FKAB mencapai sasaran 50 orang pada 2020.


Beliau mempunyai kolaborasi yang baik dengan penyelidik dari Yuan Ze University, Taiwan. Terdapat beberapa artikel Q1 dan Q2 yang ditulis bersama dengan penyelidik di universiti tersebut. Ikatan ini akan diperkukuhkan dengan permohonan geran antarabangsa pada masa hadapan.


Beliau juga telah menjana kepada UKM melebihi daripada RM4 Juta sejak memegang jawatan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM termasuklah sumbangan peralatan perubatan iaitu 80 Unit Portable Oxygen Concentrator (POC) dan 15 Unit Powered Air Purifying Respirator (PAPR) yang bernilai RM460,334 kepada HCTM. Prof Syuhaimi juga penggerak utama kepada penubuhan Majlis Alumni Universiti Awam yang secara rasminya dilancarkan pada 18 Julai 2020. Pada Tahun 2022, jumlah pendapatan Pusat Perhubungan Alumni mencecah RM2.5 Juta. Kad Alumni UKM-Affin Bank dan Kompleks Alumni UKM antara jasa dan bakti beliau semasa menerajui pusat ini.


Kini beliau memegang jawatan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam sebagai dekan yang ke-10 dan telah memperkasakan parasarana dalam menjadikan FKAB sebagai sebuah fakulti bertaraf dunia yang mempunyai persekitaran kondusif seperti laluan berbumbung, hentian bas, kafetaria, makmal pengajaran industri dan banyak lagi. Juga melebarkan sayap sebaran ilmu sebagai kampus luar pesisir di Chong Qing University of Technology (China) dan Henan Polytechnic of China (HPC) disamping mengukuhkan semula penawaran program UKM bersama University of Duisburg Essen Germany. Penjanaan fakulti menjadi semakin berbisa dengan jumlah kumulatif penjanaan fakulti tahunan adalah sebanyak RM14 Juta.


Jiwa Universiti Watan


#penghulufkab

#jiwauniversitiwatan

#luarbiasakanfkab

Halatuju Dekan 2022-2025

Perancangan dan sasaran Dekan FKAB bagi penggal pertama 2022-2025