Pihak Pentadbiran Kolej Ke-13 dan Residensi Luar ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada semua mahasiswa/i serta warga kolej yang dikasihi. Semoga tahun yang mendatang ini membawa sinar harapan baharu, kejayaan yang cemerlang, serta kebahagiaan yang berterusan buat kita semua dalam melangkah ke lembaran yang lebih gemilang.
Semoga semangat perpaduan yang kita kongsi sebagai warga Universiti Kebangsaan Malaysia terus mekar dan harmoni. Marilah kita jadikan kedatangan tahun baharu ini sebagai detik untuk memperkukuh azam, mempererat ukhuwah, dan saling menyokong antara satu sama lain demi kesejahteraan komuniti kolej kita bersama.
Sekian, terima kasih.
“Outlanders Maju”