Lensa Ramadan: Rangkuman Aktiviti & kreativiti Mahasiswa
Sepanjang bulan mulia ini, pelbagai aktiviti telah berjaya dijalankan di bawah inisiatif Lensa Ramadan bagi menyemarakkan pengisian rohani dan kreativiti warga Kolej Ke-13 & Residensi Luar. Antara pengisian utama yang dilaksanakan adalah Pertandingan Poster Ramadan sebagai wadah seni digital serta Kuiz Ramadan bagi menguji kefahaman ilmu di bulan barakah ini. 📸🎨
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas penglibatan aktif anda yang membuktikan semangat intelektual tetap utuh sepanjang berpuasa. Terima kasih buat semua warga kolej yang menjayakan Lensa Ramadan kali ini. Semoga segala usaha kita diberkati dan membawa seribu rahmat buat semua. 🧠💡
Sekian, Terima kasih.
“Outlanders Maju”