Completely Disable Comments

KOLEJ AMINUDDIN BAKI UKM

MINGGU APRESIASI WATAN 2025/2026

[HARI PERTAMA MINGGU APRESIASI WATAN SESI 2025/226]

Selamat datang ke Minggu Apresiasi Watan (MAW) sesi 2024/2025 di Kolej Aminuddin Baki! πŸ¦πŸ’™

Pada hari pertama pendaftaran pelajar baharu, KAB dengan bangganya menerima kunjungan pengurusan tinggi UKM. Semoga semua pelajar baharu dapat menikmati program yang disediakan sepanjang MAW dan bersedia menyambut cabaran serta kecemerlangan di kampus. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan terutama barisan pentadbiran dan majlis eksekutif pelajar sesi 2025/2026

#UKM
#KAB
#MAW

[HARI KEDUA MINGGU APRESIASI WATAN SESI 2025/2026]

Hari kedua MAW di Kolej Aminuddin Baki diteruskan dengan penuh warna dan semangat! πŸ¦πŸ’™
Mahasiswa baharu bukan sahaja diberi pendedahan tentang taklimat dan pengenalan kolej, malah turut disemai dengan nilai kebersamaan dan semangat kekeluargaan KAB.
Inilah langkah awal untuk membina keyakinan, mengenali rakan seperjuangan, serta menyiapkan diri menempuh perjalanan kampus yang penuh cabaran dan peluang. 🌟
Semoga setiap detik hari ini menjadi kenangan indah dan pembakar semangat untuk melakar kecemerlangan sepanjang sesi pengajian. Terima kasih kepada semua yang menjayakan MAW! πŸ™Œ

[HARI KETIGA MINGGU APRESIASI WATAN SESI 2025/2026]

Kelip mata, dah masuk hari ketiga MAW! Separuh perjalanan sudah ditempuhi, namun semangat mahasiswa baharu KAB tetap segar dan berkobar-kobar. πŸ¦πŸ’™
Hari ini diteruskan dengan pelbagai pengisian bermakna yang bukan sahaja memperkukuh kefahaman tentang kehidupan kolej, malah mengeratkan lagi hubungan antara rakan seperjuangan.
Semoga momentum ini terus mengalir hingga ke penghujung MAW, menjadi asas kukuh buat mahasiswa baharu dalam menempuh dunia kampus yang penuh warna-warni. 🌟
Terima kasih atas komitmen semua yang menjayakan hari ketiga ini! πŸ™Œ

[HARI KEEMPAT MINGGU APRESIASI WATAN SESI 2025/2026]

Tak sangka, dah pun tiba ke hari keempat MAW! ⏳✨ Rasa macam baru semalam bermula, kini sudah hampir ke penghujung perjalanan penuh pengalaman di KAB. πŸ¦πŸ’™
Walaupun semakin menghampiri penutup, semangat mahasiswa baharu tetap membaraβ€”terus menyerap ilmu, menimba pengalaman, dan mengeratkan ukhuwah bersama rakan seperjuangan.
Semoga setiap detik yang dilalui menjadi bekal berharga untuk mengorak langkah lebih yakin di alam kampus nanti. 🌟

[HARI KELIMA MINGGU APRESIASI WATAN SESI 2025/2026]

Sekelip mata, tibalah hari terakhir MAW pada 1 Oktober 2025. Lima hari yang penuh warna kini melabuhkan tirai, namun setiap detiknya terukir sebagai kenangan yang tidak akan terpadam. 🌟
Hari ini menyaksikan mahasiswa baharu menzahirkan tekad dalam Majlis Ikrar Pelajar, lalu diserikan dengan malam penuh makna, Malam Seribu Impian, Satu Tujuan, DEMI UKM. Sesudah ini, tiadalah lagi suara megaphone yang mengejutkan dinihari hanya untuk mengajar erti disiplin dan menepati waktu makan. Tiadalah lagi santapan percuma, tiga kali sehari lengkap dengan minum petang, buah-buahan, dan juadah malam yang disediakan dengan penuh kasih.
Segala yang berlalu semalam akan menjadi bekal esok kerana bukan mahasiswa namanya andai tidak diuji dengan cabaran, ditempa dengan pengalaman, dan dirapatkan dengan semangat kebersamaan. πŸ¦πŸ’™
Berakhirlah sebuah permulaan, bermulalah sebuah perjalanan. Semoga roh MAW terus hidup dalam diri setiap insan KAB.