Kolej Aminuddin Baki

 KAB

Abadi’20

Penganjuran majlis makan malam tahunan kolej ini atau lebih dikenali sebagai Aminuddin Baki’s Annual Dinner of Inspirations (ABADI) ini melibatkan semua penghuni kolej kediaman. Program ABADI ini merupakan acara penutup bagi semua aktiviti kolej yang dianjurkan oleh MEP sesi 2019/2020. Semua kerja dilakukan dengan satu semangat permuafakatan yang erat agar segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.

Anugerah-anugerah kecemerlangan kepada penghuni kolej turut diberikan pada malam ini. Penganugerahan ini adalah sebagai satu penghargaan kepada penghuni-penghuni kolej yang cemerlang dalam segenap bidang seperti akademik, sahsiah, sukan dan yang banyak memberi sumbangan dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej. Selain itu, program ABADI ini turut diadakan untuk meraikan pelajar tahun akhir yang akan menamatkan pengajian di UKM dan bakal meninggalkan kolej Aminuddin Baki.

Majlis ini secara tersiratnya, menjadi satu medan bagi menghimpunkan warga kolej bersama pengetua, felo-felo dan pihak pentadbiran. Ia juga memupuk semangat kekeluargaan dengan mengintegrasikan seluruh warga kolej. Program ABADI ini juga merupakan satu malam kemuncak kemesraan bagi setiap warga kolej.

Terdapat pelbagai aktiviti di dalam program ABADI ini. Antaranya ialah persembahan seni budaya serta penyampaian anugerah. Antara anugerah -anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Aminuddin Baki, Anugerah Harapan Bestari Tahun 1, Anugerah Khas Bestari, Anugerah Sukan Bestari, Anugerah Khas ABADI, Anugerah Khidmat Komuniti, Anugerah Usahawan Bestari, Anugerah Bakti Bestari dan akhir sekali ialah Anugerah Citra Budaya.

Translate »