Eksplorasi Kelestarian 2026
Kolej Aminuddin Baki (KAB) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), UKM telah berjaya menganjurkan program Eksplorasi Kelestarian 2026 pada 4-5 April 2026 berteampat di EKOMAR, Mersing. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta kelestarian ekosistem, di samping memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa melalui khidmat kepada komuniti setempat.
Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa UKM telah menyertai program ini. Antara pengisian utama termasuk aktiviti pembersihan Pantai Tanjung Resang bersama komuniti setempat serta program bakti komuniti di Kampung Tanjung Resang dan Kampung Sisik, Mersing.
Pihak kolej turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada golongan warga emas serta pengagihan biji benih cili kepada golongan belia sebagai inisiatif galakan pertanian komuniti. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah Alwiyah Binti Hj. Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bersama Dr. Lai Wei Sieng, Pengetua Kolej Aminuddin Baki.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada rakan strategik, Symphon Edutech, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Johor dan Penggerak Belia Selangor (PeBS) atas sokongan yang diberikan. Program ini menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dengan memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti mampan, pemeliharaan ekosistem marin dan darat, serta pengukuhan kerjasama strategik antara institusi, NGO dan masyarakat setempat. Pendekatan ini memastikan impak program adalah menyeluruh dan berterusan selaras dengan agenda pembangunan lestari negara.
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
SESI 2025/2026
#UKM
#KAB
#SDG4
#SDG11
#SDG14
#SDG15
#SDG17