Completely Disable Comments

KOLEJ AMINUDDIN BAKI UKM

MINGGU APRESIASI WATAN 2025/2026

Sekelip mata, tibalah hari terakhir MAW pada 1 Oktober 2025. Lima hari yang penuh warna kini melabuhkan tirai, namun setiap detiknya terukir sebagai kenangan yang tidak akan terpadam. 🌟
Hari ini menyaksikan mahasiswa baharu menzahirkan tekad dalam Majlis Ikrar Pelajar, lalu diserikan dengan malam penuh makna, Malam Seribu Impian, Satu Tujuan, DEMI UKM. Sesudah ini, tiadalah lagi suara megaphone yang mengejutkan dinihari hanya untuk mengajar erti disiplin dan menepati waktu makan. Tiadalah lagi santapan percuma, tiga kali sehari lengkap dengan minum petang, buah-buahan, dan juadah malam yang disediakan dengan penuh kasih.
Segala yang berlalu semalam akan menjadi bekal esok kerana bukan mahasiswa namanya andai tidak diuji dengan cabaran, ditempa dengan pengalaman, dan dirapatkan dengan semangat kebersamaan. 🦁💙
Berakhirlah sebuah permulaan, bermulalah sebuah perjalanan. Semoga roh MAW terus hidup dalam diri setiap insan KAB.