Tugas sebagai pensyarah – bukan sekadar mengajar |
|
1.
PENGAJARAN Pengajaran di universiti meliputi perkara-perkara seperti
aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan, dan penilaian
dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar
dengan cara yang berkesan. Kaedah pengajaran yang baik ialah dengan mempunyai
langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan
boleh dicapai. Justeru itu, setiap pensyarah harus memilih pendekatan yang
sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar
yang canggih dan menarik. 2.PENYELIAAN
& PEMERIKSA TESIS Tugasan penyeliaan dan pemerikasaan tesis merupakan tugasan yang
boleh membantu seseorang pensyarah untuk mengembangkan idea dan ilmu menerusi
penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar diperingkat prasiswazah dan
pascasiswazah. Menerusi penyeliaan, sesorang pensyarah dikehendaki untuk
memantau dan memberi garis panduan penyelidikan di samping membantu untuk
mencambahkan lagi penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar. contoh |theses| 3.
PENYELIDIKAN UKM adalah sebuah universiti penyelidikan yang sentiasa
meningkatkan kualiti penyelidikannya dari semasa ke semasa. Sungguhpun
terdapat pusat-pusat penyelidikan khas dalam bidang-bidang tertentu di UKM,
namun penglibatan pensyarah dalam bidang penyelidikan adalah sangat penting.
Penyelidikan adalah antara tugasan wajib seorang pensyarah. Penyelidikan yang
mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan dan kecemerlangan dalam pendidikan
menyebabkan seorang pensyarah itu perlu melibatkan diri dalam program
penyelidikan bagi memberi sumbangan dan berkongsi kepakaran dalam bidang
masing-masing. Bagi setiap penyelidikan, pelbagai peranan dimainkan oleh
seseorang pensyarah. Suatu kumpulan penyelidikan biasanya mempunyai Ketua
Projek yang bertanggungjawab mengawal dan memastikan kelancaran suatu projek
penyelidikan, di samping memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang
dicadangkan serta dilaksankan dengan kos yang telah diperuntukkan. 4.
PERUNDINGAN Perundingan yang dijalankan oleh pensyarah bertujuan untuk membantu industri-industri bagi menyelesai atau mengurangkan masalah disamping memperkenalkan kaedah penyenggaraan atau pemprosesan terkini untuk digunakan oleh industri-industri tempatan. Selain itu, perundingan yang dilakukan turut membantu penyelidik dan industri bagi memilih teknik yang sesuai untuk simulasi dan meramal sesuatu keadaan komponen atau struktur. contoh |senarai| 5.
PENERBITAN BUKU/ JURNAL/ PERSIDANGAN/ SEMINAR/ TEKNIKAL Ilmu dan teknologi sentiasa berubah seiring dengan zaman. Sebagai
seorang pensyarah di universiti penyelidikan, tugas penyelidik menjadi salah
satu keutamaan. Penambahan dan penemuan ilmu-ilmu baru atau yang sedia ada
perlu dizahirkan dalam bentuk penulisan yang mampu untuk dikongsi, dihujah,
dibincang bersama dengan ahli-ahli penyelidik yang lain. Penulisan dalam
jurnal dan adalah makalah terbaik yang memaparkan basil penyelidikan clan
teknologi terkini dalam dunia semasa selain penerbitan persidangan, seminar
atau sebagainya yang sentiasa membincangkan dan membahaskan ilmu-ilmu dan
basil penyelidikan terkini. Contoh |senarai| 6.
PENYERTAAN SEMINAR/PERSIDANGAN Seseorang pensyarah juga perlu menghadiri seminar dan persidangan
bagi melihat perkembangan dan kemajuan dalam bidang yang diceburi. Daripada
aktiviti seperti ini, pensyarah berpeluang menambah pengetahuan atau idea
tentang perkembangan penyelidikan dan kajian-kajian lanjut yang sentiasa
dijalankan dengan pesat samada di dalam negara atau di luar negara. Perkongsian idea dan maklumat-maklumat baru inilah yang menyokong
perkembangan berterusan dunia pendidikan. Ia seterusnya akan diserap dalam
bidang pengajaran dan digunakan untuk kajian-kajian yang sedang atau yang akan
dijalankan di jabatan. Contoh |senarai| 7.
REKACIPTA Dari masa ke semasa, pelbagai pertandingan rekacipta dianjurkan
di pelbagai peringkat samaada secara berkala atau tidak. Dalam aktiviti ini,
seseorang pensyarah juga tidak ketinggalan dalam memainkan peranan dan
menyumbangkan idea yang berkaitan bagi menghasilkan suatu ciptaan atau
inovasi. Suatu rekacipta yang dihasilkan mungkin adalah alat,perkara atau
benda yang barn atau pun mempunyai ciri dan kualiti yang lebih baik daripada
yang sedia ada. Contoh |senarai| 8.
PENTADBIRAN UNIVERSITI/ FAKULTI/ JABATAN Tanpa pengurusan dan pentadbiran yang mantap, apa yang dirancang
akan gagal dan memungkinkan kerosakan. Pensyarah juga perlu melibatkan diri
dalam pentadbiran pihak pengurusan samaada peringkat universiti, fakulti
mahupun jabatan. Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki, khidmat
pensyarah amat ditagih bagi melancarkan perjalanan, pengurusan dan
selok-belok pentadbiran. contoh |senarai| 9.
JARINGAN ANTARABANGSA/TEMPATAN Jaringan antarabangsa bermaksud menjalinkan hubungan yang baik
samaada secara rasmi atau tidak rasmi dengan dunia luar demi mencapai suatu
matlamat atau objektif tertentu yang hampir sama. Dengan cara ini, matlamat
dan perkembangan terbaru dapat diperolehi dengan lebih cepat selain mampu
memantau dan menilai prestasi semasa jabatan. Seorang pensyarah mungkin
menjadi ahli, jawatankuasa, pemerhati atau kakitangan separuh masa sesuatu pertubuhan
antarabangsa/tempatan. Beliau kernudiannya memainkan peranan yang diberikan
mengikut keperluan. contoh |senarai| 10.
KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA/ KEBANGSAAN Seluruh warga masyarakat tidak kira segenap lapisan pasti telah
rnenyumbang sesuatu secara langsung atau tidak langsung kepada perjalanan
kejayaan hidup seseorang termasuklah seorang pensyarah. Maka sewajarnya
seorang pensyarah juga patut rnenyumbangkan sesuatu sepenuhnya mengikut
kepakaran dan kemampuan yang ada pada dirinya kepada masyarakat setempat atau
antarabangsa. Sumbangan itu mungkin mampu membangunkan dan mengubah
masyarakat setempat dan global dan secara tidak langsung tempias sumbangan
itu pasti akan kembali kepada diri kita. Contoh |senarai| 11.
KEPENTINGAN MENGANGGOTAI BADAN PROFESIONAL Kekuatan sesebuah
organisasi bergantung kepada kuatnya ahli di dalam organisasi tersebut.
Keanggotaan dalarn badan-badan profesional yang berkaitan marnpu memberikan
kita satu panduan hala tuju yang jelas. Selain itu, penyertaan badan
profesional mampu mewujudkan satu rangkaian khusus suatu kumpulan yang
mempunyai bidang, minat atau kepakaran yang sama dalam membincangn, berhujah
dan mempertahankan kepentingan badan professional bersama. Selain rnewujudkan
rangkaian jalinan yang luas, suatu platform perbincangan secara professional
dapat dizahirkan dan kebajikan ahli secara tidak langsung akan terjaga. Contoh |senarai| |
|
Copyright
© 2008 kamal updated 24 September 2008 |